Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Dipilih ‘dibentuk khas’, tangani rasuah dalam sistem politik: Kok Song

Dua calon Pilihan Raya Presiden, Encik Ng Kok Song dan Encik Tharman Shanmugaratnam, menjawab pertanyaan orang ramai dalam forum anjuran The Straits Times, “Ask The Next President Anything”, pada Ahad. Forum tersebut merupakan salah satu daripada wadah bagi calon mendekati orang ramai sebelum warga keluar mengundi pada 1 September. Seorang lagi calon, Encik Tan Kin Lian, bagaimanapun menolak undangan The Straits Times untuk menyertai forum itu.
Aug 27, 2023 | 08:45 PM



Jawatan Presiden Dipilih dibentuk khas untuk menangani masalah rasuah yang mungkin wujud dalam sistem politik, kata calon Pilihan Raya Presiden, Encik Ng Kok Song.

Maka, situasi seperti itu memerlukan Presiden Dipilih untuk menggunakan kuasa veto, tambahnya.

Ini termasuk apabila berlakunya pembaziran dalam menggunakan rizab negara disebabkan ahli politik yang terlibat dengan rasuah, atau pembentukan sektor perkhidmatan awam dengan pelantikan “teman atau ahli niaga yang lebih disukai” dalam jawatan penting, seperti dilihat di negara lain, kata mantan ketua pegawai pelaburan GIC itu.

Encik Ng berkata demikian semasa forum “Ask The Next President Anything” yang disiarkan menerusi laman web dan wadah media sosial The Straits Times pada Ahad.


Forum itu memaparkan dua calon Pilihan Raya Presiden, iaitu Encik Ng dan Encik Tharman Shanmugaratnam.

Menurut ST, Encik Tan Kin Lian menolak undangan untuk menyertai forum tersebut.


Semasa memberikan respons kepada soalan yang menyentuh tentang tindakan diambil untuk menangani situasi melibatkan ahli politik yang terlibat dengan rasuah, Encik Ng berkata:

“Memang jawatan Presiden Dipilih ini dibentuk untuk mengelak rasuah dalam sistem politik kita.

“Justeru, jika saya menghadapi situasi di mana saya mengesyaki (berlakunya) rasuah dalam perbelanjaan rizab negara, atau pelantikan individu yang tidak dipercayai dalam jawatan perkhidmatan awam, saya akan membantah dan menggunakan kuasa veto,” katanya.

Peranan menegakkan integriti sektor perkhidmatan awam ini juga merupakan salah satu bidang kuasa Presiden Dipilih Singapura yang amat istimewa dan tidak dipegang presiden atau ketua negara lain, tambah Encik Ng.

“Ini juga merupakan tanggungjawab Presiden kita yang amat unik. Justeru, Presiden Dipilih ini bukan sekadar lambang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab satu lagi soalan tentang sama ada peranan Presiden Dipilih sekadar lambang atau pemimpin yang tidak mempunyai kuasa sebenar.

Ditanya mengenai apa yang boleh dijangkakan warga Singapura jika beliau dipilih sebagai Presiden, Encik Ng berkata selain menjalankan tanggungjawab untuk menyatukan Singapura, beliau juga akan menjadi “teman” warga.

“Saya ingin dikenali sebagai Presiden penuh ihsan, sebagai Presiden yang bermeditasi, kerana ini telah membantu saya tenang, lebih bertenaga dan lebih bersimpati terhadap keperluan warga Singapura, terutama sekali generasi lebih muda dan warga Singapura yang berpendapatan rendah.

“Jadi sebagai Presiden, saya ingin warga Singapura sedar bahawa saya akan menjadi teman mereka.

“Lebih penting lagi, saya akan menyatukan warga Singapura sebagai Presiden yang tidak berpihak (kepada mana-mana parti),” katanya.

Cabaran hidup miskin sewaktu kecil juga meninggalkan kesan mendalam serta membentuk pendirian dan nilai beliau sekarang, kata Encik Ng.


“Pengalaman hidup semasa kecil dan sepanjang tempoh saya bekerja telah membantu mempersiap diri saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden Dipilih Singapura,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >