Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah alu-alu kerjasama agensi khidmat sosial, IMH bantu belia

May 18, 2023 | 05:30 AM



AMAT penting untuk terus memperbaiki program bagi memenuhi keperluan belia, terutamanya dari segi kesihatan mental, kata Presiden Halimah Yacob.



Mengulas tentang program perintis Cabaran Presiden (PC) - Institut Kesihatan Mental (IMH), Puan Halimah berkata perkongsian antara IMH dan agensi perkhidmatan sosial (SSA) membolehkan mereka menawarkan program khusus bagi golongan itu.



Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan maklumat dan pengetahuan profesional daripada kakitangan IMH.



Mengalu-alukan perkongsian itu, Presiden Halimah berkata:



"Input unsur kesihatan profesional adalah sangat penting dari segi pembangunan kurikulum.



"Ini kerana agensi perkhidmatan sosial tidak dapat menyediakan program khusus tanpa sokongan IMH ini.



"Sokongan ini tidak berhenti setelah latihan, sebaliknya ia berterusan sepanjang program ini.



"Ini membolehkan SSA yang terlibat mempunyai akses kepada perundingan pada bila-bila masa," ujar Presiden Halimah ketika memberi perkembangan terkini tentang program itu, yang dilancarkan pada Mac 2022.



PC-IMH, yang berasaskan masyarakat, bertujuan membantu belia yang mengalami masalah kesihatan mental menerima perkhidmatan dan sokongan yang khusus.



Sebanyak empat SSA terlibat dalam projek perintis itu untuk membantu belia berusia antara 13 hingga 19 tahun yang mengalami gejala sederhana kesihatan mental.



SSA itu ialah Persatuan Kanak-Kanak Singapura, Kelab HEAL, Persatuan Kesihatan Mental Singapura dan Perkhidmatan Masyarakat TOUCH.



Sejak Januari, kakitangan daripada empat SSA itu dilatih oleh IMH dan sudah mula menerima kes rujukan belia dengan isu kesihatan mental.



Dalam lawatannya ke Persatuan Kanak-Kanak Singapura (SCS) di Blok 91 Henderson Rd pada Rabu, Puan Halimah melihat bagaimana isu kesihatan mental dalam kalangan belia ditangani.



Beliau juga berinteraksi bersama kakitangan dan benefisiari yang telah menjalani program tersebut.



Puan Halimah berkata benefisiari yang beliau temui kini mempunyai tahap berfungsi dan cara untuk mencari bantuan kini lebih baik setelah menjalani program itu.



"Apa yang kami lakukan melalui program ini ialah meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan juga kebolehan untuk menangani tekanan hidup yang mereka mungkin alami sebagai seorang remaja," katanya.



Sejak Februari, SCS telah menerima sebanyak 15 kes dan menjangka mencapai kuota seramai 50 benefisiari tahun ini.



Cik Vivyan Chee, Pengarah Oasis untuk Perkhidmatan Minda, berkata sebelum menerima latihan daripada IMH, mereka hanya memberi tumpuan pada pengurusan risiko.



Namun, dengan pengetahuan baru dengan kerjasama IMH, Cik Chee berkata mereka kini mempunyai pendekatan yang lebih holistik untuk mengurus mereka yang mempunyai kesihatan mental.



"Jadi kami bukan hanya memberi tumpuan pada mencegah isu mental daripada berkembang menjadi lagi teruk.



"Kini kami juga memberi tumpuan pada kesejahteraan mental dengan membantu mereka berkembang sebagai seorang individu," ujar Cik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >