Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah antara 50 Muslim paling berpengaruh di dunia, 5 tahun berturut-turut

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SELAMA lima tahun berturut-turut, Presiden Halimah Yacob telah mengekalkan kedudukannya sebagai antara 50 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia.



Demikian menurut Senarai 500 Muslim Berpengaruh Dunia 2021 terbitan Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam (RISSC).



Tahun ini, kedudukan Puan Halimah naik satu tangga daripada 37 ke 36.



Sebagai presiden kelapan dan presiden wanita pertama di Singapura, beliau juga satu-satunya wanita yang disenaraikan antara 50 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia.



Sebagai presiden, Puan Halimah mempromosikan daya usaha yang menyokong masyarakat bersepadu, mengukuhkan jalinan antara agama dan mengiktiraf semua pekerja yang menyumbang kepada pengembangan dan pembangunan Singapura.



Puan Halimah berprofil tinggi di peringkat antarabangsa dan sering menemui pemimpin negara lain.



Pertama kali beliau disenaraikan adalah pada 2018 dan ketika itu, beliau berada di kedudukan ke-45.



Berada di kedudukan pertama dalam senarai itu ialah Raja Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani.



Turut disenaraikan ialah Presiden Indonesia, Joko Widodo, di kedudukan ke-13 dan pemain bola sepak, Mohamed Salah dari Mesir yang berada di kedudukan yang ke-41.



Baki 450 yang disenaraikan juga termasuk tiga lagi rakyat Singapura.



Antaranya ialah mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Encik Zainul Abidin Rasheed, dalam kategori Politik.



Beliau kini merupakan Duta Singapura untuk Kuwait dan Utusan Khas Menteri Ehwal Luar Singapura ke Timur Tengah.



Sejak terbitan senarai itu pada 2009, Encik Zainul telah disenaraikan setiap tahun.



Imam Masjid Ba'alwie, Syed Hassan Muhammad Salim Alattas atau lebih dikenali sebagai Habib Hassan pula disenaraikan dalam kategori Penceramah dah Bimbingan Kerohanian.



Beliau adalah tunggak kekuatan dan perpaduan dalam membina keharmonian agama di Singapura serta Asia Tenggara. Kali pertama beliau disenaraikan adalah pada 2017.



Satu lagi rakyat Singapura yang pertama kali disenaraikan pada 2017 adalah Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir di bawah kategori Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pendakwa dan Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC).



Beliau dipuji sebagai pejuang inisiatif pendidikan yang menganjurkan biasiswa khusus untuk golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.



Beliau juga merupakan penerima Anugerah Jauhari akhbar ini tahun lalu.



Selain itu, penyelidik terkemuka, Profesor Jackie Ying, yang berpangkalan di Singapura juga disebut dalam senarai tersebut dalam kategori Sains dan Teknologi.



Beliau menerajui makmal NanoBio di Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan.



Kini beliau adalah Pengarah Eksekutif, Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >