Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah bakal hadiri pertabalan Raja Charles

May 04, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob akan berada di London dari Khamis hingga Ahad untuk menghadiri pertabalan Raja Britain Charles III.



Kementerian Luar Negeri (MFA) menyatakan pada Rabu bahawa Puan Halimah akan ditemani suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA.



Semasa di London, Puan Halimah akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden Vietnam, Encik Vo Van Thuong dan Presiden Fiji, Ratu Wiliame Katonivere, kata MFA.



Beliau juga akan menghadiri satu majlis makan bagi warga Singapura yang berpangkalan di Britain.



Encik Eddie Teo, pengerusi Majlis Penasihat Presiden, akan melaksanakan tugas Pejabat Presiden semasa Puan Halimah tiada.



Pertabalan Raja Charles akan dihadiri oleh 2,000 hadirin dalam satu majlis yang gemilang, menurut penganjurnya dan Istana Buckingham.



Raja Charles akan menjadi raja ke-40 yang akan dinobatkan di gereja di pusat London sejak Raja William I pada 1066.



Isteri keduanya Camilla akan dinobatkan sebagai Permaisuri Ratu.



Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei itu adalah yang pertama di Britain dalam tempoh 70 tahun, dan hanya yang kedua dalam sejarah untuk disiarkan di televisyen.



Upacara pertabalan tersebut merupakan tradisi yang wujud selama ribuan tahun selepas berakhir pemerintahan ibunya, Ratu Elizabeth yang meninggal pada September 2022.



Upacara tersebut turut menjadi yang pertama dalam era media sosial.



Seramai 7,000 anggota tentera akan terlibat dalam tugas istiadat semasa pertabalan, yang juga akan menampilkan penerbangan lalu oleh pesawat tentera.



Selain melibatkan anggota tentera pelbagai pangkat, istiadat ketenteraan itu juga akan menampilkan kapal tentera laut dan perarakan pengawal berkuda, tembakan meriam dan lintas hormat oleh 60 pesawat Tentera Laut Diraja, Tentera Britain dan Tentera Udara Diraja selama enam minit di ruang udara The Mall di tengah London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >