Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Banyak lagi yang dapat dilakukan bersama SG-Brunei

Aug 25, 2022 | 06:24 AM



SEBAGAI dua negara terkecil di Asean, Singapura dan Brunei mengongsi pertalian yang kuat dan telah menikmati keamanan, kata Presiden Halimah Yacob.



Dengan berganding bahu, hubungan kukuh dua negara itu telah membolehkan suara mereka didengar di peringkat serantau dan sejagat.



Puan Halimah berkata demikian dalam Jamuan Negara yang diadakan bagi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang sedang melakukan lawatan ke Singapura selama dua hari sejak semalam atas undangan Presiden Halimah.



Ini merupakan lawatan negara kelima Sultan Hassanal Bolkiah ke Singapura.



"Dengan berganding bahu, kerjasama kami yang kuat telah menguatkan suara kami di pentas serantau dan antarabangsa.



"Ia juga telah membantu kami terus berkembang sebagai dua negara berdaulat yang boleh dibanggakan rakyat," kata Presiden Halimah.



Menurutnya, hubungan dua hala disokong oleh hubungan lama kedua negara dalam kerjasama pertahanan dan ekonomi.



Puan Halimah mengucapkan penghargaan kepada Brunei kerana menyediakan kawasan latihan hutan kepada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di mana ramai generasi tentera telah berlatih.



Dari segi ekonomi, Perjanjian Pertukaran Mata Wang yang dibentuk pada tahun 1967 kekal sebagai simbol saling mempercayai satu sama lain.



Dalam ucapannya, Sultan Hassanal Bolkiah berkata beliau amat menghargai pertukaran idea hasil perbincangan diadakan para pegawai dua negara.



"Bukan sahaja sebagai rakan serantau tetapi rakan yang akrab. Kami menghargai jalinan istimewa dengan Singapura,'' kata Sultan Hassanal Bolkiah.



Untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini, Singapura telah menandatangani empat Memorandum Persefahaman (MOU) semasa lawatannya.



MOU pertama yang ditandatangani adalah Kerjasama dalam Tenaga dan Ekonomi Hijau yang akan memacu kerja dalam bidang seperti peralihan tenaga serta perdagangan karbon.



Selain itu, terdapat juga MOU tentang Pengukuhan Perdagangan dan Pelaburan Kerjasama dalam Produk Makanan dan Perubatan.



Kerjasama ini akan dipertingkatkan logistik pemindahan dan penyimpanan produk kritikal di dua negara kami.



MOU ketiga adalah Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam-Singapura yang akan mengukuhkan hubungan antara generasi akan datang dengan menyokong lebih ramai anak muda Brunei untuk belajar di Singapura.



MOU terakhir yang ditandatangani adalah Kerjasama Dalam Pembangunan Keupayaan Perkhidmatan Awam bagi mendekatkan lagi perkhidmatan awam antara dua negara ini dan memudahkan pertukaran amalan yang terbaik.



Kata Puan Halimah, MOU ini akan mewujudkan peluang kerjasama baru dalam bidang kepentingan strategik bersama.



"Dalam dunia yang semakin dilanda persaingan geopolitik, Singapura dan Brunei telah bertahan sebagai tempat yang aman dan stabil...



"Sebagai negara kecil, kita mesti terus bersatu, dan terus lincah, terbuka dan berhubung dengan seluruh dunia," katanya.



Kali terakhir Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi Singapura adalah pada 2017.



Beliau diiringi anggota keluarga diraja, menteri-menteri Brunei dan pegawai rasmi.



Turut menghadiri majlis itu semalam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan, Encik Zaqy Mohamad, dan Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >