Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Beban penjaga pesakit mental adalah besar, perlu sokongan masyarakat

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



BEBAN penjaga pesakit mental sukar diukur namun ia merupakan kesan paling menyakitkan bagi penyakit mental, kata Presiden Halimah Yacob semalam.



Sering kali, anggota keluarga turut menderita apabila penjaga perlu menjaga anggota keluarga yang menghadapi penyakit mental, tambah beliau lagi.



Puan Halimah berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian Institut Kesihatan Mental (IMH) terbaru yang menunjukkan bahawa kos enam jenis gangguan mental di Singapura mencapai $1.7 bilion setahun.



Kajian tersebut menjelaskan bahawa kos tersebut mengecualikan kos-kos lain seperti beban pengasuh, ubat-ubatan dan hilang pendapatan yang berkaitan dengan pengangguran.



Puan Halimah berkata demikian di persidangan maya Asia Pasifik mengenai kesihatan mental semalam.



"Sering kali, keluarga pesakit mental juga menderita apabila mereka perlu menjaga anggota keluarga yang menghadapi penyakit mental. Mereka juga alami kerugian ekonomi kerana perlu melepaskan peluang pekerjaan atau tidak boleh memburu kerjaya secara agresif seperti yang lain kerana dibebani tanggungjawab menjaga anggota keluarga yang menderita penyakit mental.



"Dalam kes-kes yang lebih teruk, apabila pesakit mental tidak dapat bekerja, beban kewangan penjaga bertambah," menurut Puan Halimah di laman Facebooknya semalam.



Namun beliau menjelaskan cabaran paling besar bagi pengasuh ialah sikap jahil dan kurangnya belas ihsan yang dihadapi penjaga daripada segelintir anggota masyarakat.



Menjelaskan lebih lanjut, Puan Halimah berkata ada yang berpendapat bahawa penyakit mental adalah akibat minda yang lemah atau kelemahan perwatakan.



"Penyakit mental adalah penyakit otak, seperti juga penyakit jantung atau hati atau buah pinggang.



"Dan penyakit mental ini boleh menjejas mereka yang paling bijak selain yang jujur atau lurus. Penyakit dari pelbagai jenis tidak mempunyai sebarang sempadan. Kaya atau miskin, pandai atau sederhana tidak boleh menghindarinya," jelasnya lagi.



Beliau berkata banyak lagi yang boleh dilakukan masyarakat dalam menawarkan persekitaran yang lebih baik untuk pesakit mental.



Puan Halimah berkata, orang ramai perlu memandang seorang individu sebagai manusia dahulu sebelum menilai individu itu dari segi ekonomi atau kedudukan sosial.



Perlu ada keperluan bagi program campur tangan awal yang berkesan - lebih-lebih lagi dalam membantu golongan muda sebelum penyakit mental itu menjejas individu tersebut.



Masyarakat pula perlu menyediakan persekitaran yang menyokong dan memahami supaya ramai dapat mendapatkan pertolongan yang lebih awal.



Puan Halimah berkata:



"Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Berbuat baik kepada orang lain, kita juga sebenarnya bersikap baik kepada diri kita sendiri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >