Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Presiden Halimah buka puasa bersama golongan kurang upaya

Apr 04, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI penjaga utama anaknya yang berkeperluan khas, Cik Norfadillah Ahmad tidak dapat bekerja sepenuh masa selama bertahun-tahun.



Keadaan itu menjejas kewangan keluarga, yang bertambah genting apabila pendapatan suaminya, yang sebelum ini bekerja di China, turut terjejas dek pandemik Covid-19, dan akhirnya terpaksa pulang ke Singapura.



Anak mereka Nur Yusuf Islam Lim, 13 tahun, menghidapi gangguan spektrum autisme (ASD).



Namun, pandemik itu juga telah membuka peluang baru baginya tatkala beliau diberi pekerjaan sepenuh masa sebagai seorang penyelaras di Play.Able.



"Ia telah banyak membantu pendapatan keluarga saya. Sebagai penyelaras di Play.Able, saya dapat memperkenalkan bahan rujukan yang sesuai kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.



"Saya juga dapat berinteraksi dengan ibu bapa lain yang mempunyai anak berkeperluan khas dan kami dapat kongsi pengalaman dan cabaran kehidupan kami," kata Cik Nurfadillah.



Keluarga tiga beranak itu antara 50 tetamu yang berbuka puasa bersama Presiden Halimah Yacob di Istana pada Ahad, sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia.



Mereka terdiri daripada penerima bantuan, kakitangan dan relawan agensi khidmat sosial Be Kind SG.



Cik Nufadillah berkata:



"Saya amat teruja dapat berbuka puasa bersama Puan Halimah kerana beliau seorang yang amat aktif menyokong golongan kurang upaya. Ini juga kali pertama saya dapat berkunjung ke Istana.



"Saya juga berbesar hati dapat bersama relawan dan rakan-rakan, termasuk pengasas Be Kind SG, Cik Sherry Soon, yang telah banyak menyokong saya. Saya rasa kunjungan ini adalah suatu penghormatan yang amat saya hargai."



Be Kind SG ditubuhkan pada 2017 dan menyediakan khidmat kepada golongan kurang upaya termasuk mereka yang mempunyai kurang daya intelek dan autisme.



Ia menjalankan aktiviti pendamping bagi penghuni rumah kebajikan dan kurang upaya, seperti Rumah Kebajikan Moral dan THK Home for Disabled @ Sembawang.



Selain itu, ia juga mengendalikan program untuk kanak-kanak dan belia kurang upaya serta penjaga mereka di bawah program Play.Able dan Seeds by Be Kind SG.



Sebelum menjamu selera, tetamu juga diberikan peluang melawat Taman Inklusif, yang terdiri daripada lebih 100 jenis tanaman termasuk herba dan buah-buahan.



Para tetamu diiringi Puan Halimah dan diberi pencerahan eksklusif oleh relawan dari Lembaga Taman Negara (NParks) sambil mereka meneroka taman tersebut.



Seluas 815 meter persegi, taman tersebut terletak berdekatan bangunan Sri Temasek di tapak Istana dan mempunyai ciri-ciri inklusif seperti laluan mesra kerusi roda yang sesuai bagi pengunjung berkeperluan berbeza, termasuk warga emas yang berkerusi roda serta golongan kurang upaya.




"Saya amat teruja dapat berbuka puasa bersama Puan Halimah kerana beliau seorang yang amat aktif menyokong golongan kurang upaya. Ini juga kali pertama saya dapat berkunjung ke Istana.
Saya juga berbesar hati dapat bersama relawan dan rakan-rakan, termasuk pengasas Be Kind SG, Cik Sherry Soon, yang telah banyak menyokong saya. Saya rasa kunjungan ini adalah suatu penghormatan yang amat saya hargai."
- Cik Norfadillah Ahmad, penjaga utama anaknya yang menghidapi ASD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >