Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah di Vietnam bagi lawatan negara

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob akan mengadakan lawatan rasmi lima hari ke Vietnam bermula hari ini atas undangan Presiden Nguyen Xuan Phuc.



Semasa lawatan yang berakhir 20 Oktober itu, Presiden Halimah akan mengunjungi Hanoi, Wilayah Bac Ninh dan Bandar Ho CHi Minh (HCMC), menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Lawatan negara itu bertujuan mengesahkan lagi hubungan kukuh dan jangka panjang kededua negara tersebut, serta menekankan komitmen Vietnam dan Singapura untuk mempertingkat kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.



Ini sedang Singapura dan Vietnam bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.



Encik Phuc telah mengunjungi Singapura pada Februari lalu dalam satu lawatan negara yang juga merupakan lawatan negara pertama beliau ke Singapura.



Puan Halimah dijangka bertemu Encik Phuc di Hanoi dan satu majlis jamuan negara akan diadakan sempena lawatan beliau ke Vietnam.



Di sana, Puan Halimah juga akan bertemu presiden dan setiausaha agung Parti Komunis yang memerintah Vietnam, Encik Nguyen Phu Trong; Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh; PengerusiPerhimpunan Kebangsaan, Encik Vuong Dinh Hue; dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Hanoi, Encik Dinh Tien Dung.



MFA menambah, Puan Halimah juga akan melawat Taman Perindustrian Vietnam-Singapura (VSIP) di wilayah Bac Ninh.



Sebanyak 11 VSIP telah ditubuhkan di beberapa kawasan di Vietnam, dan ia merupakan sebahagian utama kerjasama ekonomi kededua negara tersebut.



Secara keseluruhan, ia telah menarik pelaburan bernilai lebih AS$17 bilion ($24 bilion) dan mewujudkan lebih 300,000 pekerjaan di Vietnam, menurut kenyataan MFA.



Sementara itu, dalam lawatannya ke HCMC, Puan Halimah akan bertemu Setiausaha Jawatankuasa Parti HCMC, Encik Nguyen Van Nen, yang juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis makan malam yang akan diadakan.



Puan Halimah juga dijangka menyampaikan ucapan pembuka tirai semasa Perbincangan Meja Bundar Perniagaan Singapura-Vietnam anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).



Beliau juga bakal bertemu dengan perniagaan yang berpangkalan di sana untuk mendengar perspektif mereka berkaitan pembangunan ekonomi Vietnam dan juga tarikan ekonomi bagi Singapura di Vietnam. Ini selain bertemu dengan warga Singapura yang berpangkalan di HCMC.



Semasa lawatan itu, Puan Halimah akan diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; serta Anggota Parlimen (AP) Encik Lian Eng Hwa; Cik Cheryl Chan dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Semasa ketiadaan Presiden Halimah, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden (CPA), Encik Eddie Teo, akan menjalankan tugas Pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >