Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah diberi taklimat kadar pulangan bagi pelaburan negara

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan pegawai lain memberi satu taklimat kepada Presiden Halimah Yacob kelmarin mengenai jangkaan kadar pulangan sebenar bagi aset pelaburan Singapura pada jangka panjang.



Unjuran sedemikian digunakan untuk menentukan berapa banyak rizab negara dari masa lalu dapat dimanfaatkan oleh pemerintah untuk Belanjawan seterusnya.



Dalam satu pos Facebooknya petang kelmarin, Puan Halimah berkata Majlis Penasihat Presiden (CPA) turut menghadiri taklimat tersebut.



Begitu juga pegawai Kementerian Kewa-ngan (MOF), wakil kanan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Temasek.



"Kami mengadakan perbincangan meluas mengenai prospek ekonomi global, risiko struktur besar seperti ketegangan geopolitik yang memuncak, kesan perubahan iklim dan metodologi yang digunakan untuk mendapatkan unjuran ini," kata Puan Halimah, lapor The Straits Times.



GIC adalah antara tiga entiti yang bertanggungjawab melabur rizab negara, dengan sebahagian pulangannya digunakan setiap tahun bagi Belanjawan.



Dua entiti lain yang turut bertanggungjawab melaburkan rizab negara ialah MAS dan Temasek.



Sebelum ini, Puan Halimah telah menyatakan bahawa taklimat sedemikian adalah bahagian penting dalam kitaran Belanjawan tahunan.



Dalam taklimat sedemikian Presiden akan berunding dengan CPA untuk meneliti andaian yang digunakan dalam unjuran mengenai pulangan yang dijangka.



Kadar ini digunakan untuk mendapatkan jumlah yang boleh dibelanjakan pemerintah di bawah Rangka Kerja Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC)



Di bawah rangka kerja itu, pemerintah dibenarkan memasukkan ke dalam Belanjawan hingga 50 peratus daripada pulangan sebenar jangka panjang yang dijangka bagi aset bersih yang dilaburkan GIC, MAS dan Temasek, selepas ditolak kos liabiliti seperti bon pemerintah.



Mengikut tradisi, Belanjawan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan pada pertengahan Februari, tetapi perancangan dan perundingan bermula beberapa bulan lebih awal.



Puan Halimah berkata Lembaga Pengarah GIC, MAS dan Temasek telah menyemak dan mengesahkan unjuran mereka, dan pemerintah telah menjalankan penilaian teliti dan bebas terhadap andaian dan metodologi yang digunakan oleh ketiga-tiga entiti itu.



Puan Halimah, yang memainkan peranan sebagai penjaga rizab negara dan pemegang kunci kedua rizab, berkata beliau akan memberi respons selepas menyemak usulan pemerintah dalam perundingan dengan CPA.



Sekiranya pemerintah dan Presiden tidak bersetuju mengenai sebarang kadar pulangan yang dijangka, kadar pulangan purata sejarah dari 20 tahun lalu akan digunakan untuk menentukan berapa banyak pemerintah boleh belanjakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >