Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah dirai karpet merah di Vietnam

Oct 16, 2022 | 08:45 PM



PRESIDEN Halimah Yacob tiba di Hanoi, Vietnam pada Ahad (16 Oktober) sekitar 5.30 petang, memulakan lawatan lima harinya ke negara itu. 



Beliau akan berada di sana hingga 20 Oktober dalam satu lawatan negara atas undangan Presiden Nguyen Xuan Phuc.



Semasa lawatan lima hari itu, Presiden Halimah akan mengunjungi Hanoi, Wilayah Bac Ninh dan Bandar Ho CHi Minh (HCMC), menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam. 



Menyentuh tentang lawatan tersebut, Puan Halimah berkata: 



“Saya kini berada di Hanoi untuk memulakan lawatan negara ke Vietnam. 



“Saya mengalu-alukan (langkah untuk) mengesahkan lagi hubungan jangka panjang antara Singapura dan Vietnam, sebelum menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kita dan ulang tahun ke-10 kerjasama strategik kita tahun depan.” 



Antara yang menyambut kedatangan Puan Halimah sebentar tadi adalah Ketua Pejabat Presiden di Vietnam, Encik Le Khanh Hai.



Semasa lawatan itu beliau diiringi suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Cik Sim Ann; serta Anggota Parlimen (AP) Encik Lian Eng Hwa; Cik Cheryl Chan dan Encik Zhulkarnain bin Abdul Rahim.



Lawatan negara itu bertujuan mengesahkan lagi hubungan kukuh dan jangka panjang kededua negara tersebut, serta menekankan komitmen Vietnam dan Singapura untuk mempertingkat kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.



Di sana, Puan Halimah juga akan bertemu presiden dan setiausaha agung Parti Komunis yang memerintah Vietnam, Encik Nguyen Phu Trong; Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh; Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan, Encik Vuong Dinh Hue dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Hanoi, Encik Dinh Tien Dung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >