Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa warga rebut peluang walau diganggu Covid-19

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu menilai semula cara ia mengatur kehidupan, pekerjaan dan perniagaan kerana keadaan tidak akan kembali ke masa sebelum Covid-19, namun terdapat peluang baru yang boleh direbut, kata Presiden Halimah Yacob semalam dalam amanatnya sempena Tahun Baru.



Beliau berkata Covid-19 telah mempercepatkan penggunaan teknologi, dan cabaran jangka panjang seperti perubahan iklim telah mendapat dorongan baru, dengan negara-negara menggunakan peluang ini untuk membentuk semula pemulihan ke arah ekonomi yang lebih hijau dan mampan.



Dari segi ekonomi, beliau berkata Singapura masih mengalami kesan buruk Covid-19, dan pemulihan sepenuhnya ke tempoh sebelum pandemik ini mungkin mengambil masa satu atau dua tahun dengan usaha bersepadu.



"Dekad seterusnya akan menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan dengan perbelanjaan lebih tinggi, namun kita mesti terus membuat pelaburan penting dalam pembangunan prasarana dan kemahiran agar kita boleh terus menarik pelaburan baru dan mencipta pekerjaan baru," kata beliau.



Dalam ucapannya itu, Puan Halimah turut mengucapkan terima kasih kepada karyawan penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan di atas dedikasi dan usaha gigih mereka semasa pandemik Covid-19.



Beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua rakyat Singapura.



"Rakyat Singapura telah berulang kali menunjukkan bahawa kita kuat dan cekal dan bahawa krisis memperkukuh dan menjadikan kita lebih berdaya tahan.



"Saya yakin bahawa kita boleh mengatasi krisis Covid-19 ini bersama, dan kita akan terus membina masa depan yang lebih baik buat anak-anak dan cucu kita. Untuk ini, kita memerlukan penglibatan semua," kata beliau.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >