Presiden Halimah: Hari Raya dibayangi Covid-19 menghampakan, tetapi langkah keselamatan wajar, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

Presiden Halimah: Hari Raya dibayangi Covid-19 menghampakan, tetapi langkah keselamatan wajar

May 11, 2021 | 12:45 PM

Langkah keselamatan lebih ketat bagi Covid-19 adalah wajar untuk melindungi hidup warga Singapura, kata Presiden Halimah Yacob, yang turut menggesa semua penduduk di sini memainkan peranan untuk mengatasi pandemik ini.

Bercakap demikian dalam pesanan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa (11 Mei), Puan Halimah berkata adalah mengecewakan Muslim di sini terpaksa menyambut perayaan itu, pada Khamis (13 Mei), dalam keadaan pandemik. 

“Adalah boleh difahami, sebahagian daripada kita kecewa selepas langkah pengurusan selamat diperketat baru-baru ini,  kerana Hari Raya dari dulu lagi adalah untuk kita menikmati masa dengan keluarga dan kawan. Saya juga telah berharap untuk menerima kunjungan anak-anak dan keluarga mereka,” kata beliau. 

“Namun saya berharap kita semua faham langkah-langkah ini wajar untuk melindungi semua warga  Singapura, memandangkan varian virus baru telah dikesan dan jumlah kes dalam masyarakat yang bertambah.”

Discover Malay Home Based Businesses

Singapura telah memperketat peraturan bagi perhimpunan sosial sejak Sabtu (8 Mei) lalu, sebahagian langkah untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat. 

Sehingga 30 Mei, individu hanya dibenarkan berhimpun dalam kumpulan lima orang, berbanding lapan orang sebelum ini. Sekatan serupa juga dikenakan kepada isi rumah, yang kini hanya boleh  menerima kunjungan lima pelawat berbeza dalam sehari.

Ini juga bermakna bagi tahun kedua berturut-turut, Muslim di sini perlu menyesuaikan cara mereka menyambut perayaan ini. Hari Raya Aidilfitri tahun lalu jatuh pada 25 Mei, tujuh minggu selepas tempoh pemutus litar bermula, dan kegiatan kunjung-mengunjungi tidak dibenarkan.

Dalam pesanannya itu, Puan Halimah berkata beliau telah bertemu beberapa kumpulan warga Singapura yang berbeza pada bulan Ramadan ini. 

Ini termasuk pekerja dalam sektor jagaan kesihatan dan keselamatan, yang bekerja tanpa lelah untuk memastikan Singapura selamat dan dilindungi, serta mereka yang bekerja dalam sektor khidmat sosial, untuk memberi bantuan dan keceriaan kepada golongan yang memerlukan bantuan dalam masyarakat, kata Puan Halimah. 

“Saya berbesar hati melihat semua orang ceria dan menunjukkan nilai-nilai Ramadan, iaitu belas kasihan, empati dan pengorbanan, kata beliau.

 Puan Halimah mengucapkan kepada semua Muslim Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map