Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah iktiraf bakti CDC semasa, di luar krisis

Nov 13, 2022 | 08:29 AM



MAJLIS Pembangunan Masyarakat (CDC) memainkan peranan penting semasa pandemik Covid-19 dalam menyokong respons wabak di lapangan, kata Presiden Halimah Yacob.



Di luar situasi krisis, CDC North East, sebagai contoh, aktif memperjuang inisiatif tempatan dan membangunkan program khusus bagi menyokong kumpulan masyarakat yang berbeza, termasuk keluarga susah, individu tidak bekerja dan orang kurang upaya, tambah beliau.



"Melalui rangkaian dan ikatan yang dibina oleh Persatuan Rakyat dan CDC, bantuan di diberi dengan cepat, dan sebagai satu masyarakat," ujar beliau.



Puan Halimah berkata demikian di pelancaran acara seni inklusif terbesar Singapura, Shaping Hearts, anjuran CDC North East di Our Tampines Hub semalam.



Semasa pandemik, CDC mengagih token TraceTogether, pelitup, dan beberapa program bantuan bagi penduduk rentan, termasuk Dana Bantuan Covid-19 Kong Meng San-CDC dan bantuan kewangan WeCare.



Acara Shaping Hearts, yang berlangsung selama dua minggu, memberi platform bagi golongan kurang upaya mempamer karya kreatif mereka. Ia bertujuan memberi inspirasi bagi membentuk Singapura menjadi sebuah masyarakat inklusif menerusi seni.



Puan Halimah berkata membina masyarakat lebih inklusif memerlukan usaha kolektif. Antaranya, kerjasama CDC North East dan Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) bagi Program Pekerjaan Masyarakat - Pekerjaan Inklusif.



Program itu mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya dengan peranan dalam masyarakat taman dan kelab masyarakat.



Sejauh ini, 10 individu kurang upaya telah menggalas jawatan masyarakat di Tampines di bawah program itu. Ia akan meningkat kepada 20 menjelang Mei depan.



Bagi Shaping Hearts, CDC North East mengumpulkan 13 penderma korporat, 22 agensi perkhidmatan sosial dan lebih 150 artis kurang upaya untuk mempamer lebih 270 karya seni dan 15 paparan persembahan.



"Semua orang yang terlibat memainkan peranan penting dalam merai karya dan pencapaian kumpulan artis yang pelbagai," kata Puan Halimah.



"Seni mempunyai kuasa menyentuh hati dan memberi inspirasi. Ia boleh mengubah cara kita berhubung antara satu sama lain. Ia boleh menjadi wadah untuk membentuk masyarakat kita menjadi inklusif dan lebih menyeluruh, tanpa mengira keupayaan dan cabaran peribadi.



"Saya menggalak rakan kongsi masyarakat kita dan syarikat menggunakan seni untuk membina Singapura lebih inklusif," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >