Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat kakitangan, pelajar ITE bimbing benefisiari Cabaran Presiden

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah membuat lawatan ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central - yang pertama buatnya - untuk menyaksikan Acara Relawan Cabaran Presiden (PCVD) 2022.



Tema PCVD tahun ini ialah "Menyokong Keluarga Pendapatan Rendah", dengan matlamat untuk melengkapkan peserta benefisiari dengan kemahiran penyenggaraan unit penyaman udara.



Mereka dibimbing oleh kakitangan dan pelajar ITE Kolej Central.



Antara peserta yang meraih manfaat daripada inisiatif itu ialah Encik Mohamad Roslan Palil, 55 tahun.



"Sejak dulu saya teringin belajar tentang penyelenggaraan unit penyaman udara. Dengan kemahiran baru ini, ia dapat membantu saya untuk melakukannya sebagai kerja sambilan," kata Encik Roslan yang bekerja sebagai pekerja pertukangan.



Walaupun beliau pencari nafkah utama kepada tiga anaknya, Encik Roslan menawarkan kerja-kerja perkhidmatan penyaman udara dengan harga berpatutan kepada golongan kurang berkemampuan.



Antara relawan inisiatif tersebut ialah pensyarah Kejuruteraan Mekatronik ITE Kolej Central, Encik Mohammed Nasir Abdul Karim.



Beliau telah secara sukarela mengajar peserta benefisiari dengan kemahiran penyenggaraan unit penyaman udara.



"Saya ingin berkongsi pengetahuan ini supaya peserta boleh melakukan sendiri di rumah dan membuatnya sebagai kerja sambilan," kata pensyarah berusia 65 tahun itu.



Sebagai kakitangan yang bertanggungjawab bagi Kelab Penjagaan dan Pembaikan ITE Kolej Central, Encik Nasir telah menyumbangkan masanya untuk melakukan kerja pembaikan dan penyenggaraan di rumah warga emas dan rumah golongan berpendapatan rendah.



Sukarelawan pelajar, Muhammad Danial Haziq Dzulkhai, juga meluangkan masanya di kelab tersebut.



"Ini kali pertama saya melibatkan diri dalam Acara Relawan Cabaran Presiden. Pengalaman ini sangat bermakna untuk menyampaikan ilmu yang saya pelajari di sekolah kepada peserta," kata pelajar Kejuruteraan Mekatronik, Nitec Lanjutan itu.



Presiden Halimah juga melawat 'Farm to Fork for Needy Garden' di mana kakitangan dan pelajar menanam dan menuai sayur-sayuran yang diedarkan sejumlah 100 kilogram setiap dua bulan kepada keluarga memerlukan.



Cabaran Presiden, yang bermula 22 tahun lalu, ingin membina masyarakat penyayang dan bersatu padu secara sukarela untuk menyokong golongan masyarakat kurang bernasib baik.



"Sehingga kini, PCVD 2022 telah mengumpul lebih 2,300 sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam lebih 50 aktiviti sukarelawan.



"Saya berharap lagi ramai akan tampil ke hadapan dan bukan hanya menjaga diri sendiri atau keluarga, tetapi masyarakat kita juga," kongsi Puan Halimah.



Sejak tahun 2018, Cabaran Presiden telah memberi tumpuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan membina kemahiran dan meningkatkan peluang pekerjaan.




"Ini kali pertama saya melibatkan diri dalam Acara Relawan Cabaran Presiden. Pengalaman ini sangat bermakna untuk menyampaikan ilmu yang saya pelajari di sekolah kepada peserta."
- Muhammad Danial Haziq Dzulkhai, pelajar Kejuruteraan Mekatronik, Nitec Lanjutan di ITE Kolej Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >