Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah lawat 'rumah tumpangan sementara' untuk ibu

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN sebagai seorang ibu agak mencabar, namun dengan sokongan, penginapan buat sementara dan sokongan emosi semasa tempoh yang mencabar adalah penting kata Presiden Halimah Yacob.



Mengunjungi Safe Place oleh Perkhidmatan Keluarga Lakeside pagi semalam, Puan Halimah melahirkan rasa gembira mempelajari mengenai program yang menyokong dan memperkasakan wanita dengan kehamilan yang tidak disokong.



Safe Place dimulakan pada Februari 2019 oleh Cik Jennifer Heng dengan kerjasama Perkhidmatan Keluarga Lakeside.



Ia bertujuan memberi kediaman alternatif untuk ibu mengandung dan ibu yang mempunyai anak yang baru lahir serta khidmat kaunseling dan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk perkembangan seorang anak.



Bertemu bersama beberapa benefisiari Safe Place semalam, Puan Halimah berkata ramai antara mereka telah menerima sokongan yang tepat pada waktu mereka memerlukan.



"Keibuan adalah perjalanan yang mencabar, tetapi dengan sokongan Safe Place, mereka dapat menerima pertolongan tepat waktu dan holistik, dan memiliki sistem sokongan untuk membantu mereka semasa perjalanan pahit dan manis sebagai seorang ibu," katanya sambil menambah bahawa ramai antara mereka juga menjalin persahabatan yang kuat di sana dan mempelajari tips keibuan yang berguna.



Puan Halimah berkata inisiatif ini memainkan peranan penting dalam memperkasakan dan menyokong golongan yang rentan dalam masyarakat.



"Saya berharap bahawa masyarakat akan terus menyokong golongan ini, terutamanya semasa tempoh yang mencabar seperti pandemik ini.



"Mari kami bersama-sama membina masyarakat yang lebih kuat, inklusif dan lebih penyayang di Singapura," ujarnya dalam satu catatan di laman Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >