Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah peka tentang kebajikan pekerja ekonomi gig, minta orang awam lebih fahami tuntutan tugas mereka

Jun 09, 2021 | 09:53 PM



PRESIDEN Halimah Yacob menggesa orang ramai agar lebih berihsan dan bersikap lebih memahami terhadap tekanan seharian yang dihadapi pekerja penghantaran makanan dan barangan.



Golongan ini terangkum dalam golongan pekerja ekonomi gig yang kebajikannya perlu dijaga.



Melihat pada wujudnya kes pelanggan berang, biadab dan tidak sabar dengan pekerja pengiriman memberi gambaran yang tidak baik mengenai diri kita sebagai pelanggan. Lantas, kita juga perlu memainkan peranan dalam memastikan pekerja ekonomi gig ini tidak dibebani dengan rasa lelah dan tertekan, jelas Presiden Halimah dalam lampiran pos Facebook pada Rabu (9 Jun).



"Mengimbangi manfaat pekerjaan ekonomi gig dengan perlindungan yang lebih buat pekerja ini bukannya cabaran yang tidak boleh diatasi. Kebanyakan negara sedang meninjau kemungkinan memberi golongan pekerja ekonomi gig ini layanan yang lebih adil kerana cerita-cerita tentang kelelahan dan kematian melibatkan pekerja ekonomi gig yang bekerja terlalu kuat menjadi lebih ketara," jelas Puan Halimah.



Menurutnya, sekatan pergerakan kerana wabak Covid-19 telah menyebabkan permintaan bagi kiriman makanan atau barangan ke rumah meningkat pesat, bukan sahaja di Singapura tetapi di peringkat sejagat. Ini lantas menyebabkan permintaan bagi kerja ekonomi gig bertambah.



Pekerja ini tidak diwakili pihak kesatuan dan tergolong dalam lingkungan undang-undang buruh serta terdedah pada banyak perkara seperti kebajikannya tidak dijaga.



Perubahan, bagaimanapun, secara beransur-ansur sedang diusahakan bagi lebih melindungi mereka.



"Di United Kingdom, Uber baru sahaja membenarkan kesatuan sekerja mewakili pemandu e-panggilan menyusuli keputusan yang dibuat di Mahkamah Agung di negara ini yang mengkategorikan pemandu Uber sebagai pekerja lantas berhak meraih ganjaran pekerjaan.



"Lebih ramai orang kini menggunakan aplikasi untuk membeli barangan dan menempah perkhidmatan. Sekitar 15 tahun lalu, Amazon hanyalah penjual buku tetapi ia kini telah memperluaskan khidmatnya kepada segalanya, yang terkini adalah dengan membeli syarikat media lama MGM atau Metro Goldwyn Meyer.



"Di Singapura, kita miliki Grab yang memulakan khidmat e-panggilan tetapi juga meneroka bidang kiriman makanan dan kini khidmat kewangan," tulis Puan Halimah.



Menurutnya, tugasan ekonomi gig memberi fleksibiliti buat kedua-dua syarikat dan pekerjanya. Ia juga membolehkan penggunaan lebih baik aset seperti kereta yang jika tidak digunakan, akan terbiar dalam masa tertentu.



"Ia sepatutnya lebih memudahkan kita dan dimampui juga. Ia juga merangsang inovasi kerana peluang ini tidak terbatas dalam dunia yang terjalin dengan rangkaian telekomunikasi.



"Aspek negatifnya adalah pekerja ekonomi gig ini dianggap bekerja sendiri dan tidak dilindungi dari segi undang-undang atau ganjaran keselamatan sosial. Mereka harus berunding mengikut ketetapan sendiri, tugas yang sukar kerana hubungan tawar-menawar yang tidak setara dengan ketetapan syarikat.



"Apabila anda dalam keadaan terdesak, khususnya apabila kadar pengangguran tinggi atau anda tidak miliki kemahiran bagi pekerjaan lain, pilihan juga terbatas," jelas Puan Halimah.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >