Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Pelbagai sektor perlu tawar kerja bagi warga istimewa

Peluang pekerjaan tidak terbatas kepada bidang memasak, buat kuih dan mengemas sahaja
May 24, 2019 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berharap lebih ramai majikan dalam sektor yang pelbagai dapat memberikan peluang pekerjaan kepada individu yang mempunyai keperluan khas supaya terdapat pilihan pekerjaan lebih luas untuk mereka.



Ditemui media semasa kunjungan ke sekolah pendidikan khas, Sekolah Metta, di Simei semalam, Puan Halimah berkata peluang pekerjaan yang sering ditawarkan kepada individu keperluan khas biasanya berkaitan dengan memasak, membuat kuih dan mengemas.



Beliau berharap peluang pekerjaan buat golongan itu tidak hanya terbatas kepada pekerjaan tersebut dan dapat diperluaskan lagi.



"Mungkin kalau ada sektor-sektor lain yang dapat membuka pintu ruang bagi mereka, saya rasa tentu sekali mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menggunakan bakat mereka.



"Saya rasa kita tidak boleh melihat mereka sebagai tidak mempunyai bakat. Mereka juga mempunyai bakat, jadi kita harus lihat bagaimana menggunakan bakat tersebut," kata beliau.



Semasa kunjungannya ke sekolah itu, Puan Halimah berpeluang melihat antara kemudahan yang disediakan buat pelajar di sekolah itu.



Beliau juga diperkenalkan kepada pelbagai program pembelajaran yang membolehkan pelajar dilengkapi dengan pendidikan asas dalam kemahiran fungsi dan latihan vokasional supaya mereka boleh mendapat pekerjaan.



Selain itu, beliau menyaksikan realiti maya yang digunakan sekolah itu untuk mengajar pelajar melaksanakan kegiatan seharian seperti menokok tambang kad EZ-Link atau kunjungan ke pasar raya.



Puan Halimah berkata golongan individu keperluan khas juga harus disertakan dalam inisiatif Negara Bijak supaya mereka juga dapat meraih manfaat.



"Saya berharap...misalnya, satu aspek di bawah inisiatif Negara Bijak itu ada memasukkan aspek digital bagi mereka yang memerlukan, pelajar yang memerlukan dan rakyat yang mempunyai keperluan khas.



"Dengan cara ini, dapatlah kita membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik dan mengambil peluang yang diberikan," kata beliau.



Puan Halimah turut memberi contoh Sweden sebagai antara negara di dunia yang menawarkan pelbagai program untuk membantu golongan individu keperluan khas supaya mereka dapat diintegrasikan dalam ekonomi negara.



"Saya berharap kita semua dapat berusaha, bukan saja Sekolah Metta yang telah menjalankan usaha yang sangat baik, tetapi juga masyarakat dan majikan dapat membuat sumbangan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >