Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGEBUMIAN RATU ELIZABETH II

Presiden Halimah peringati sumbangan Ratu Elizabeth

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Singapura, Puan Halimah Yacob, merupakan antara pemimpin dunia yang menghadiri upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II di London, Britain, semalam.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Puan Halimah berkata Ratu Elizabeth II, yang mangkat di Istana Balmoral, Scotland, pada 8 September lalu, telah mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyatnya serta Komanwel dengan rendah hati, baik dan penuh keyakinan selama lebih 70 tahun.



"Ratu Elizabeth II mempunyai peranan unik dalam sejarah Singapura.



"Beliau berkhidmat sebagai Ratu semasa tempoh peralihan Singapura daripada sebuah tanah jajahan kepada negara merdeka," ujarnya sambil menambah Ratu Elizabeth II mengadakan tiga lawatan negara ke Singapura pada 1972, 1989 dan 2006.



Dalam lawatannya ke Singapura - dengan negara ini merupakan antara negara anggota Komanwel juga - Puan Halimah berkata Ratu Elizabeth II telah bertemu dengan ramai warga Singapura daripada pelbagai latar belakang.



Tambahnya, ramai yang masih mengingati sikapnya yang mesra, riang dan rendah hati.



"Sedang dunia berdukacita atas pemergian seorang pemimpin yang hebat, kami akan terus meraih inspirasi dan kekuatan daripada kisah hidupnya serta sumbangannya," ujar Puan Halimah.



Puan Halimah, yang berada di London, Britain, untuk menghadiri upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II, juga telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah ibni Ahmad Shah, di Hotel InterContinental Park Lane, London, kelmarin.



Semasa lawatannya ke London, Puan Halimah, yang diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, serta pegawai daripada Pejabat Presiden dan Kementerian Ehwal Luar (MFA), juga telah memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Dewan Parlimen Westminster.



Beliau juga telah menandatangani buku takziah di Lancaster House di London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >