Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Perpaduan, kebersamaan masyarakat terserlah

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



RAMADAN tahun ini amat bermakna sedang ia memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan sesama sendiri dan bersama masyarakat lain, kata Presiden Halimah Yacob, sedang umat Islam di Singapura berada di ambang Syawal.



Dalam amanat Hari Rayanya, Presiden Halimah berkata wadah seperti acara berbuka puasa menawarkan peluang kepada rakyat Singapura untuk mengukuhkan hubungan antara satu sama lain dan mempelajari lebih lanjut tentang budaya yang berbeza.



Tahun ini, beliau berpeluang bertemu pelbagai kumpulan untuk berbuka puasa dan gembira menjadi tuan rumah di Istana bagi benefisiari pelbagai bangsa dan agama dari kumpulan Be Kind SG, yang diterajui sukarelawan.



"Dengan adanya semangat mahu memberi layanan baik serta keterbukaan yang sejajar dengan kepercayaan kita, saya berbesar hati amalan mengundang warga Singapura daripada masyarakat lain untuk menyertai acara berbuka puasa sudah menjadi satu kebiasaan.



"Platform sedemikian menyediakan peluang untuk kita bersatu, mengeratkan ikatan, dan dalam proses itu, belajar lebih lanjut tentang budaya yang berbeza," katanya.



Presiden Halimah gesa warga terus sumbang kepada masyarakat



Puan Halimah turut mengalu-alukan usaha masyarakat membantu mereka yang memerlukan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dan melengkapi sokongan pemerintah.



Sebagai contoh, masjid telah melihat sambutan baik bagi pengedaran bubur harian mereka, yang telah menjadi acara khas Ramadan.



Badan-badan lain, seperti Persatuan Ain dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), turut menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan agar mereka juga dapat merasakan kemeriahan menyambut Hari Raya.



"Kita berganding bahu untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ini semangat gotong-royong yang harus kita alu-alukan," kata Puan Halimah.



Selain itu, perpaduan dan kebersamaan yang kuat dalam masyarakat Melayu/Islam menyerlah apabila mereka terus diberikan akses ke masjid dan ruang masyarakat untuk memenuhi keperluan rohani dan keagamaan mereka, kata Puan Halimah.



"Solat berjemaah semasa tarawih merupakan amalan agama yang penting semasa Ramadan, memupuk ikatan masyarakat sedang kita menyokong antara satu sama lain untuk tetap istiqamah dalam berpuasa dan beramal soleh.



"Saya gembira melihat ramai umat Islam di sini terus bertarawih di masjid atau ruang masyarakat berhampiran rumah mereka yang memudahkan golongan yang kurang berdaya atau lanjut usia," katanya.



Sedang masyarakat Melayu/Islam mensyukuri kenikmatan dan menyambut Aidilfitri tahun ini dalam kedamaian dan rezeki yang melimpah, Puan Halimah turut menggalakkan masyarakat meluangkan masa untuk mengenang nasib ramai umat Islam yang tinggal di negara terjejas oleh bencana alam, peperangan dan konflik.



Katanya, walaupun Ramadan sudah berakhir, bantuan daripada masyarakat untuk golongan ini harus diteruskan.



"Mari kita terus memberi tumpuan untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan kita, memperkasakan keluarga kita, dan menyumbang kepada masyarakat.



"Saya bersama keluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin," katanya.




"Kita berganding bahu untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ini semangat gotong-royong yang harus kita alu-alukan. Saya gembira melihat ramai umat Islam di sini terus bertarawih di masjid atau ruang masyarakat berhampiran rumah mereka yang memudahkan golongan yang kurang berdaya atau lanjut usia."
- Presiden Halimah Yacob. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >