Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee lahir sedih mangsa gempa Indonesia

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob melahirkan rasa sedihnya mendengar tentang kehilangan nyawa dan kerosakan besar yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia, ekoran gempa bumi yang berlaku di kawasan itu kelmarin.



Gempa sekuat 5.6 magnitud itu berlaku berhampiran bandar Cianjur dengan kebanyakan mangsa terbunuh apabila bangunan runtuh dan kejadian tanah runtuh berlaku.



Sekurang-kurangnya 162 orang meninggal dunia dengan ratusan lain cedera selain ramai penduduk dikhuatiri terperangkap dalam bangunan runtuh.



Menulis di laman Facebooknya semalam, Puan Halimah berkata:



"Sedih mendengar berita kehilangan nyawa dan kerosakan akibat gempa bumi yang melanda Jawa Barat, Indonesia pada 21 November 2022.



"Bagi pihak rakyat Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan saya berharap mereka yang cedera cepat sembuh.



"Ingatan kami bersama rakyat Indonesia pada masa sukar ini."



Sementara itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, untuk menyampaikan ucapan takziah mengenai kejadian gempa bumi itu.



"Saya berasa amat sedih apabila mendengar tentang kehilangan banyak nyawa akibat gempa yang melanda Jawa Barat.



"Bagi pihak pemerintah Singapura, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan mereka yang terjejas akibat bencana ini.



"Ingatan dan doa kami bersama pemerintah dan rakyat Indonesia dalam masa sukar ini.



"Saya yakin Indonesia akan mengatasi kesukaran ini dan pulih dengan cepat. Sila beritahu saya jika Singapura boleh membantu dalam sebarang usaha bantuan," kata Encik Lee.



Encik Jokowi pula semalam menggesa pekerja penyelamat supaya mengutamakan menyelamat mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan.



"Arahan saya adalah untuk mengutamakan pemindahan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan," katanya semasa melawat ke kawasan terjejas.



Indonesia kerap mengalami kejadian seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di Lilitan Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >