Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmi pelantikan semula Lucien Wong sebagai Peguam Negara

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob merasmikan pelantikan semula Encik Lucien Wong, sebagai Peguam Negara Singapura dalam satu majlis Mengangkat Sumpah di Istana semalam.



Encik Wong, yang telah menyandang jawatan itu sejak 14 Januari 2017, telah dilantik semula selama tempoh tiga tahun lagi.



Di Singapura, Peguam Negara memainkan peranan sebagai pendakwa raya dan mempunyai kuasa memulakan, menjalankan atau menghentikan prosiding bagi sebarang kesalahan.



Dalam catatannya di Facebook, Puan Halimah berkata: "Saya yakin beliau akan memberi khidmat dengan bermaruah dan berdedikasi.''



Encik Wong, dilahirkan pada 1953, merupakan seorang lulusan ijazah sarjana muda dalam undang-undang dengan kepujian dari Universiti Singapura pada 1978.



Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang guaman sebagai penolong peguam di firma guaman Drew & Napier pada tahun selanjutnya dan kemudian menjadi rakan kongsi firma itu pada 1982.



Dari 1987 hingga 1998, Encik Wong menjadi seorang rakan kongsi di firma Allen & Gledhill.



Beliau kemudian menjadi rakan pengurusan firma itu hingga 2012 apabila beliau diberi jawatan pengerusi dan rakan kongsi kanan.



Encik Wong dilantik sebagai Peguam Negara sejak 14 Januari 2017, menggantikan peguam kanan, Encik VK Rajah.



Sebelum itu, beliau, yang juga anggota Lembaga Pemegang Amanah, Persekutuan Perniagaan Singapura, dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara selama sekitar setahun dari 19 Disember 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >