Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmi Pesta Buku Melayu S'pura

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob merasmikan Pesta Buku Melayu Singapura 2022 dengan memukul kentung di Wisma Geylang Serai semalam.



Dianjurkan oleh Majlis Pusat, pesta selama tiga hari itu bertujuan meraikan dan memartabatkan sastera dan bahasa Melayu.



Dalam majlis semalam, Cikgu Suratman Markasan, Encik Haji Jamal Ismail dan Encik Riz Sunawan telah melancarkan buku masing-masing.



Puan Halimah berkata beliau berbesar hati dapat melancarkan Pesta Buku Melayu.



"Arena kesusasteraan Melayu tempatan kita telah berkembang sejak beberapa tahun lalu, dan saya yakin bahawa penerbit buku, penulis, rakan kongsi dan masyarakat kita akan terus membina ekosistem seni sastera yang lebih bertenaga pada tahun-tahun akan datang," ujar beliau di Facebooknya semalam.



Turut hadir di majlis perasmian itu ialah pengerusi Majlis Bahasa Melayu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dalam ucapannya, Dr Faishal, yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), berkata:



"Pesta buku seperti ini membuka ruang bagi kita menimba ilmu dan memberi kita peluang meraikan ilmu.



"Adalah penting juga untuk membangunkan tabiat membaca dalam kanak-kanak, terutama sejak mereka kecil, dan meningkatkan interaksi dalam kalangan keluarga."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >