Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmikan Menara Mahkamah Negara

Jul 14, 2023 | 06:47 PM



Mahkamah Negara Singapura telah menerapkan beberapa perubahan sejak lima dekad lalu yang telah menyumbang kepada sistem keadilan yang cekap serta menawarkan proses keadilan bermutu tinggi, berpatutan dan tepat pada masanya, kata Presiden Halimah Yacob.

Selain perubahan yang telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat Singapura, mahkamah itu juga memanfaatkan inovasi teknologi yang telah mengurangkan kelewatan, kos dan masa, tambahnya semasa berucap di majlis merasmikan Menara Mahkamah Negara pada Jumaat.

Bangunan 35-tingkat itu terletak di 1 Havelock Square, di depan bekas bangunan mahkamah negara lama berbentuk oktagon di alamat yang sama.

Mahkamah tersebut telah mula beroperasi sepenuhnya di tempat baru itu sejak 16 Disember 2019.

Setinggi 178 meter, ia menawarkan 53 bilik pengadilan (courtroom) dan 54 kamar pembicaraan (hearing chamber) dan merupakan bangunan pemerintah tertinggi di Singapura.







“Strukturnya yang mengagumkan menunjukkan dedikasi dan kerja keras kakitangannya sepanjang sejarah lama mahkamah negara,” kata Puan Halimah semasa acara itu.

Beliau turut berkesempatan mengunjungi bilik pengadilan serta galeri warisan mahkamah tersebut.

Puan Halimah berkata, sejak mahkamah itu ditubuhkan, ia telah melalui beberapa perubahan bagi memudahkan urusan pengadilan untuk masyarakat Singapura.

Ia turut memaparkan nilai-nilai yang dicontohi dalam membuat penyesuaian dan perkembangan mengikut keperluan semasa.

Antara lain, mahkamah itu telah membangunkan pelbagai cabang untuk menguruskan kes-kes tertentu dan memanfaatkan teknologi bagi memperbaiki tugas pengurusan kes, mengelak daripada menyebabkan kelewatan dan menjimatkan masa.

Beberapa kaedah elektronik dan sistem dalam talian turut diperkenal agar prosiding mahkamah dapat dialihkan ke kaedah digital.

“Selain daya kecekapan mahkamah, sistem pengadilan kita wujud sebagai satu organ penting bagi negara ini dalam menawarkan khidmat kepada setiap individu dalam masyarakat yang inginkan keadilan,” tegas Puan Halimah.

“Saya berbesar hati, tumpuan terhadap menawarkan khidmat kepada masyarakat turut dipaparkan dari segi bentuk Menara Mahkamah Negara dan kemudahan yang ia tawarkan,” katanya.

Antara contoh adalah pusat khidmat menyeluruh seperti Pusat Bantuan yang menyelaras Pusat Keadilan Masyarakat, Pejabat Pro Bono dan Pejabat Peguam Bela Awam bagi mereka yang memerlukan nasihat dan bantuan guaman.

Mahkamah itu juga dilengkapi ciri mesra keluarga dan kanak-kanak, seperti bilik untuk menyusukan bayi, serta ciri mesra golongan kurang upaya.

“Perubahan serta reka bentuk prasarana Mahkamah Negara sejajar dengan matlamat menawarkan khidmat keadilan tepat pada masanya, berpatutan dan bermutu,” tambah Puan Halimah.

Beliau turut melahirkan pujian kepada kakitangan di balik mahkamah yang telah membuat visi itu menjadi nyata di samping membuat penyesuaian ketika tempoh pandemik.

“Saya yakin khidmat mahkamah yang anda berikan akan dipertingkat sedang anda menggalas tugas dan bekerjasama di bangunan baru ini.

“Dengan komitmen dan profesionalisme anda, saya tahu rakyat Singapura akan terus menghormati sistem keadilan bermutu tinggi negara ini,” ujar Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >