Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN: TINGKAT MASYARAKAT MELAYU MELALUI PENDIDIKAN, PERUMAHAN

Presiden Halimah sambut baik sokongan tambahan pekerja gaji rendah, benarkan jururawat pakai tudung

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



MEMBENARKAN jururawat Muslim yang bekerja dalam sektor jagaan kesihatan memakai tudung adalah langkah yang sangat baik, kata Presiden Halimah Yacob, yang juga mengalu-alukan langkah pemerintah untuk memperkukuh perlindungan bagi pekerja setempat dan memperluas sokongan bagi pekerja bergaji lebih rendah.



"Ia akan mengurangkan dilema yang dihadapi ramai wanita Muslim yang ingin bekerja di sektor-sektor yang tidak membolehkan tudung dipakai. Memberi mereka pilihan untuk berbuat demikian meluaskan pengalaman dan membolehkan mereka memburu kerjaya dalam bidang yang benar-benar mereka nikmati," kata Puan Halimah, menyentuh mengenai pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) kelmarin.



Mulai November ini, jururawat Muslim yang bekerja dalam sektor jagaan kesihatan awam boleh memakai tudung, jika mereka mahu.



Puan Halimah juga menyentuh mengenai isu yang dihadapi pekerja bergaji lebih rendah dan usaha pemerintah untuk memberi lebih banyak sokongan kepada golongan ini.



Menurut beliau, Covid-19 telah mengajar kita tentang nilai yang diberikan oleh pekerja di barisan depan yang bertugas dalam sektor-sektor seperti pembersihan, makanan dan minuman (F&B), dan khidmat penghantaran yang kebanyakannya bergaji rendah.



"Maruah terbesar bagi seorang pekerja ialah keupayaannya untuk menyara hidup keluarga menggunakan tenaganya sendiri," kata Puan Halimah yang berkata dengan gaji lebih baik, pekerja bergaji lebih rendah boleh memberi lebih sokongan kepada anak-anak, mampu membeli flat sendiri dan menabung bagi persaraan.



Menambah, Puan Halimah berkata ada kos besar bagi masyarakat jika keperluan pekerja bergaji rendah ini ini diabaikan, termasuk menghadang mereka daripada mencapai sepenuhnya potensi



"Pemerintah mempunyai banyak skim yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan perumahan. Majikan juga perlu mempergigih usaha dan masyarakat juga boleh memainkan peranan," kata Puan Halimah.



Dalam pada itu, Puan Halimah juga mengulas mengenai langkah pemerintah untuk menjadikan garis panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) sebagai undang-undang.



Menurut Puan Halimah, yang pada awal kerjayanya dalam pergerakan buruh pernah menjadi pengerusi Tafep, jika dikuatkuasakan, undang-undang ini memperuntuk satu lagi cara untuk memastikan keadilan dan kesamaan dalam masyarakat kita.



"Pada dasarnya, kita semua mahu diberi peluang untuk digajikan dan membuktikan nilai kita di tempat kerja tanpa dinilai berdasarkan stereotaip atau prasangka yang tidak ada kena-mengena dengan keupayaan atau sumbangan kita," kata Puan Halimah.



"Undang-undang ini adalah kemajuan baik dalam perjalanan kita menjadikan tempat kerja lebih adil."



Antara lain, Encik Lee kelmarin mengumumkan Model Gaji Progresif (PWM) akan dilanjutkan kepada lebih banyak sektor - runcit, khidmat makanan dan pengurusan sisa - dan pekerjaan tertentu dalam semua sektor.



PWM, yang membantu mempertingkat gaji pekerja bergaji rendah menerusi peningkatan kemahiran dan produktiviti, kini dilaksanakan dalam sektor pembersihan, keselamatan, landskap dan penyenggaraan lif.



Selain itu, syarikat yang menggajikan pekerja asing perlu membayar Gaji Kelayakan Setempat $1,400 kepada semua pekerja tempatan mereka.



Pemerintah juga akan mengiktiraf syarikat yang membayar gaji progresif kepada semua pekerja mereka dengan Tanda Gaji Progresif.



Bagi melindungi pekerja dari diskriminasi di tempat kerja, sebuah tribunal akan ditubuhkan untuk melindungi pekerja asing, wanita, dan pekerja yang menerima layanan berbeza disebabkan usia, kaum, agama dan keadaan kurang upaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >