Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PRESIDEN HALIMAH YACOB KE MALAYSIA

Presiden Halimah seru pertukaran lebih mendalam pegawai wanita pemerintah, NGO

Boleh manfaatkan pengalaman satu sama lain dalam usaha capai kesaksamaan jantina
Mar 22, 2023 | 05:30 AM



DARI KUALA LUMPUR: TAHAP keakraban dan kepercayaan tinggi antara Singapura dan Malaysia yang menyemarakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai domain harus juga mendorong pertukaran lebih mendalam antara pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan dengan isu wanita serta pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang diketuai wanita di kedua-dua negara.



Presiden Halimah Yacob berkata demikian ketika bertemu beberapa pemimpin wanita daripada pelbagai parti politik Malaysia di Hotel St Regis pada Selasa.



Beliau bertemu Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri bagi Wanita dan Pembangunan Masyarakat; Cik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; Cik Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan; dan Dr Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pari Islam Se-Malaysia (PAS).



Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling.



Presiden Halimah dalam rangka lawatan negara ke Malaysia.



Dalam pertemuan itu, beliau mengatakan bahawa dengan warisan bersama dan hubungan rakyat dengan rakyat yang mendalam, Singapura dan Malaysia boleh mendapat banyak manfaat daripada pengalaman satu sama lain sedang kedua-dua negara meneruskan usaha mencapai kesaksamaan jantina.



"Yang penting, apa yang diperlukan ialah kita semua - wanita dan lelaki -- untuk memupuk budaya di mana semua orang dapat memenuhi potensi mereka dengan mendapat peluang yang saksama.



"Meskipun dasar pemerintah yang menyokong merupakan perkara yang penting, kita semua, dalam kehidupan seharian boleh memainkan peranan untuk menghapuskan stereotaip jantina yang tidak mendatangkan faedah, tidak menerima salah laku dan memudahkan jalan bagi generasi seterusnya," katanya.



Beliau melahirkan rasa bangga melihat lebih ramai wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk politik. Hari ini, kaum Hawa membentuk sekitar 30 peratus Parlimen Singapura, dan anggota parlimen wanita Malaysia naik seganda berbanding tiga dekad lalu.



"Dengan adanya lebih ramai anggota parlimen dan pemimpin politik seperti anda memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda untuk bukan sahaja mempunyai impian besar, tetapi juga untuk berkhidmat tanpa rasa lelah dan tanpa mementingkan diri sendiri dengan perkhidmatan awam," ujar beliau.



Pada Selasa, Puan Halimah juga melawat Wisma Pandu Puteri bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.



Puan Halimah penaung Pandu Puteri Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >