Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: S'pura, UK akan terus teroka kerjasama baru

Luang masa hadiri majlis jamuan dengan lebih 200 warga berpangkalan di London
May 08, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata Singapura dan United Kingdom akan terus meneroka bidang-bidang kerjasama baru bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah terjalin sekian lama.



Menurut Puan Halimah, kededua negara kekal sebagai rakan kongsi penting dengan ikatan sejarah yang mendalam yang menjangkau dua abad.



Beliau berkata demikian di London selepas menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles III dalam lawatan empat harinya ke ibu negara Britain itu.



Semasa di ibu kota Britain itu, Puan Halimah telah menghadiri majlis jamuan ringan dengan lebih 200 warga Singapura yang berpangkalan di London.



Ini adalah kali kedua seorang presiden Republik menghadiri majlis resepsi Singapura di luar negara di London.



Yang pertama adalah semasa lawatan Presiden Tony Tan pada Oktober 2014.



Dalam pertemuan itu, Puan Halimah menggesa mereka yang berada di luar negara supaya terus menjalin hubungan dengan Singapura.



Beliau juga menggesa mereka supaya terus memberi sumbangan kepada babak pembangunan negara yang selanjutnya seperti inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore) yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan pasukan menteri generasi keempatnya (4G).



"Saya menggesa anda supaya menyumbang perspektif unik anda dan terus mengikuti perkembangan di dalam negara sambil terus menjadikan Singapura sebagai rumah untuk semua rakyat Singapura, walaupun anda berada jauh di luar negara," ujar Puan Halimah dalam catatannya di Facebook pada Ahad.



Dalam hubungan dua hala Singapura-UK, perjanjian Ekonomi Digital UK-Singapura berkuat kuasa pada Jun 2022 dan memorandum persefahaman mengenai Rangka Kerja Ekonomi Hijau UK-Singapura telah ditandatangani pada Mac 2023.



Perjanjian itu membolehkan kededua pihak membangunkan penyelesaian untuk menangani cabaran bersama, seperti perubahan iklim, dan mengembangkan peluang ekonomi untuk perniagaan kededua negara.



"Kededua pihak juga sedang merundingkan Perjanjian Pelaburan Dua Hala UK- Singapura yang baru, untuk menggantikan perjanjian sedia ada yang mula berkuat kuasa pada 1975," tambah Puan Halimah.



Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam satu kenyataan berasingan, menyatakan bahawa Puan Halimah juga menghadiri acara jamuan yang diadakan untuk para tetamu dari luar negara yang dihoskan oleh Raja Charles.



Ia satu acara untuk para pemimpin Komanwel oleh Setiausaha Agung Komanwel, Cik Patricia Scotland dan satu lagi Acara Kemahkotaan Pulau Kecil dan Negara-Negara Membangun yang dihoskan oleh kerajaan UK.



Semasa Puan Halimah berinteraksi dengan para personaliti UK di acara-acara tersebut, mereka berbincang tentang jalinan hubungan dan kerjasama yang mendalam berkait pelbagai sektor meluas yang dikongsi oleh kedua-dua negara, menurut MFA.



Di London, Presiden Halimah juga bertemu dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong dan Presiden Fiji Ratu Wiliame Katonivere; di mana mereka mengesahkan hubungan dua hala dan berbincang mengenai perkembangan sejagat serta serantau, tambah MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >