Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Sumbangan pelopor SG harus diiktiraf

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting Singapura mengiktiraf sumbangan pelopor yang memainkan peranan berharga dalam pembangunan negara.



Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa melancarkan Hab Kajian dan Sumber Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS RRH@LIBRIS) di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), semalam.



"Almarhum Dr Muhammad Ariff Ahmad wajar diberi penghormatan tertinggi kami. Dr Muhammad Ariff Ahmad banyak memberi sumbangan dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu.



"Selain itu, Cikgu Ariff juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura, menyandang peranan penting dalam banyak majlis serta jawatankuasa penasihat di peringkat masyarakat dan nasional," ujar Puan Halimah.



Dr Muhammad Ariff Ahmad, yang juga dikenali sebagai MAS atau Cikgu Ariff, merupakan penulis, pemimpin masyarakat dan pensyarah Bahasa Melayu tersohor.



'Bapa bahasa, sastera dan budaya Melayu' itu turut diberi gelaran Pendeta, gelaran begitu terhormat yang pernah diberi hanya kepada dua tokoh lain dalam Dunia Melayu hingga hari ini - Pendeta Za'ba dan Profesor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein.



Ketua MAS RRH@LIBRIS, Dr Sa'eda Buang, yang juga pengerusi jawatankuasa pelancaran hab itu, berkata idea membangunkan hab itu terlahir untuk "mendokumentasikan kebijaksanaan Dr Muhammad Ariff supaya ia tidak hilang ditelan zaman".



"MAS merupakan personaliti yang bukan sahaja terbilang dari segi ilmunya, bahkan merupakan contoh terbaik dari segi peribadinya.



"Beliau dikatakan orang yang lengkap, seimbang... dan beliau telah mendapat gelaran 'pendeta', gelaran sangat tinggi yang hanya tiga orang dalam Dunia Melayu memilikinya.



"Jadi, kita harus simpan khazanah ilmunya itu... kita tidak boleh lepaskan begitu sahaja, rugi," kata Dr Sa'edah.



MAS RRH@Libris, yang memaparkan penulisan Allahyarham Dr Ariff, bertujuan menyediakan sumber oleh atau tentang Dr Ariff dan menggalak generasi muda meneruskan perjuangan beliau dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu.



Ia turut mengetengahkan artifak, sijil, penulisan, keratan akhbar dan gambar milik Dr Ariff yang telah disumbangkan oleh keluarganya setelah pemergian beliau pada 2016.



"Saya rasa kagum. Arwah bapa saya sudah beritahu, hari ini akan berlaku, beliau pesan usah buang barang-barangnya kerana akan ada yang nak ambil atau gunakan.



"Saya harap guru-guru, baik baru atau sudah berpengalaman, akan meneruskan perjalanan ayah saya melestarikan bahasa Melayu," kata anak Almarhum Dr Ariff, Cik Shahrulbariah Muhammad Ariff.



Beliau hadir di pelancaran hab itu semalam bersama ibunya, balu Allahyarham Dr Ariff, Cikgu Sarinah Haji Haniff.



Hab tersebut turut memuatkan sumber dalam talian MAS Bibliography yang menyenaraikan lebih 600 rujukan dan 'Himpunan Manuskrip MAS', yang sudah dimasukkan ke dalam wadah dalam talian.



Orang ramai boleh memanfaatkannya menerusi laman https://libguides.nie.edu.sg/mas-biblio




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >