Presiden Halimah tekan peranan masyarakat pelbagai agama tangani wabak Covid-19, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Presiden Halimah tekan peranan masyarakat pelbagai agama tangani wabak Covid-19

Pemimpin agama boleh bantu masyarakat harungi pandemik, kesan ekonomi
Dec 15, 2020 | 05:30 AM

MASYARAKAT berbilang agama memainkan peranan penting bukan sahaja dalam mengatasi cabaran seperti perubahan iklim, malah ancaman baru seperti pandemik yang sedang dilalui dunia kini.

Pemimpin agama boleh memainkan peranan dalam membantu masyarakat mereka mengharungi ketidaktentuan pandemik koronavirus Covid-19 ini dan mengatasi kesan ekonomi dan sosialnya terhadap kehidupan seharian.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian semalam semasa menyampaikan ucaptamanya di acara pembukaan dan seminar 'Agama, Bencana Alam dan Pandemik' bagi persidangan Faithfully Asean yang kedua (FA20).

"Kita telah lihat bagaimana ancaman seperti taufan yang berlaku baru-baru ini di Vietnam, Kemboja dan Filipina boleh meninggalkan kesan dahsyat pada nyawa, kehidupan dan harta benda di rantau ini.

"Namun, ancaman-ancaman ini bukanlah perkara yang tidak boleh kami atasi, selagi kita komited menentangnya bersama.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sebagai pemimpin agama, anda boleh memimpin masyarakat keagamaan anda agar hidup dalam harmoni dengan persekitaran kita supaya kita dapat mewariskan warisan yang mampan kepada generasi seterusnya.

"Pemimpin agama juga memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat anda mengharungi ketidaktentuan pandemik ini dan mengatasi kesannya terhadap ekonomi dan kehidupan sosial kita," ujar Puan Halimah.

Beliau menambah bahawa kerjasama antara masyarakat keagamaan, pemerintah dan pertubuhan adalah genting kerana ini menunjukkan adanya sikap saling mempercayai.

Semalam, 30 wakil serantau daripada negara-negara Asean hadir di Furama Riverfront Hotel di Havelock Road untuk menyertai program FA20 yang berlangsung dari 14 hingga 16 Disember 2020.

Lagi 40 wakil turut menyertai mereka secara dalam talian daripada negara masing-masing.

Dilancarkan pada Disember 2018 oleh Puan Halimah, Faithfully Asean merupakan program yang menyatukan profesional dan pengamal keagamaan untuk bertukar idea mengenai inisiatif, pendekatan, kerjasama, cabaran dan amalan terbaik berkaitan perpaduan silang agama dan budaya.

Pandemik koronavirus Covid-19 tidak menghalang usaha menganjurkan program tersebut, kata Puan Halimah.

"Dalam dua tahun sejak diadakan buat kali pertama, program silang agama serantau ini telah membantu kita bekerjasama dalam matlamat kita memperkukuh keharmonian keagamaan dan membina masyarakat yang bersatu padu," tambah beliau.


"Sebagai pemimpin agama, anda boleh memimpin masyarakat keagamaan anda agar hidup dalam harmoni dengan persekitaran kita supaya kita dapat mewariskan warisan yang mampan kepada generasi seterusnya. Pemimpin agama juga memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat anda mengharungi ketidaktentuan pandemik ini dan mengatasi kesannya terhadap ekonomi dan kehidupan sosial kita."
- Presiden Halimah Yacob

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map