Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah temui Presiden Korea, peniaga SG di Seoul

May 11, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob bertemu dengan Presiden baru Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, dan melahirkan keyakinan hubungan mesra antara kedua negara akan diperkukuh bagi tahun-tahun mendatang.



Mereka juga mengenal pasti bidang kerjasama dua hala yang boleh dipertingkatkan termasuk digitalisasi, jaringan hubungan udara dan pertukaran antara warga.



Presiden Yoon juga bersetuju untuk menimbangkan kemungkinan meningkatkan penerbangan antara kedua negara, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam. Semalam, Puan Halimah turut menghadiri majlis perasmian pelantikan Encik Yoon.



Kedua pemimpin juga menyambut baik selesainya Perjanjian Kerjasama Digital Korea-Singapura, yang merupakan perjanjian ekonomi pertama antara negara-negara Asia, dan berharap untuk menandatanganinya tidak lama lagi.



Kedua pemimpin juga menekankan pentingnya mengukuhkan penyepaduan ekonomi serantau melalui Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Seratau. Mereka juga membincangkan minat Korea untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Trans-Pasifik dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital.



Awal dari itu, Puan Halimah mengunjungi Pusat Kewangan Seoul yang dimiliki Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) Singapura. Antara syarikat Singapura yang bertapak di situ ialah JustCo, DBS, OCBC dan UOB, di samping beberapa agensi pemerintah.



Beliau turut wakil syarikat milik warga Singapura, JustCo, yang menyediakan huraian ruang kerja bagi individu dan syarikat.



"Saya bangga warga Singapura dan syarikat Singapura menunjukkan kemajuan di luar negara dan membanggakan Singapura," tulis beliau di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >