Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah ucap tahniah kepada India pada Hari Kemerdekaan ke-75

Aug 15, 2021 | 03:13 PM



Walaupun dengan cabaran yang disebabkan Covid-19, Singapura dan India telah mengukuhkan lagi ikatan menerusi sokongan bersama, kata Presiden Halimah Yacob pada Ahad (15 Ogos) sedang India menyambut Hari Kemerdekaan ke-75. 



 



Dalam suratnya kepada Presiden India, Ram Nath Kovind untuk menyampaikan ucap tahniah, Puan Halimah menekankan lagi persahabatan yang lama terjalin adalah bersandarkan asas utuh dalam bidang seperti ekonomi, keselamatan dan hubungan warga. 



 



“Singapura terus yakin terhadap prospek pertumbuhan India dan kekal menjadi sumber pelaburan asing secara langsung yang terbesar setiap tahun,” ujar beliau sambil menambah, kededua negara meneroka kerjasama lebih mendalam dalam bidang baru seperti teknologi kewangan dan inovasi.



 



Tentang Dialog Hubungan Asean-India pada lewat bulan ini, dengan Singapura sebagai Penyelaras Negara, Presiden Halimah berkata negara ini ghairah untuk bekerjasama dengan India bagi mengukuhkan hubungannya dengan rantau ini serta Kerjasama Strategik Asean-India. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >