Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman angkat sumpah sebagai Presiden ke-9 Singapura

Komited kerjasama dengan pemerintah, kumpulan kemasyarakatan bagi perkukuh negara sebagai masyarakat majmuk inklusif
Sep 14, 2023 | 09:30 PM



Selepas meraih kemenangan besar dalam pilihan raya presiden baru-baru ini, kini bermula tempoh perkhidmatan Presiden Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden kesembilan Singapura selepas Upacara Angkat Sumpah Presiden pada Khamis.

Dengan itu, bermulalah perjalanan Presiden Tharman untuk membuktikan beliau memang layak menerima keyakinan warga Singapura yang memberi lebih 70 peratus undi mereka kepada beliau dalam pilihan raya itu.

Mantan menteri kanan berusia 66 tahun itu mengangkat sumpah dalam upacara perasmian khas di Istana yang disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kabinet, Ketua Hakim Sundaresh Menon, dan isteri Encik Tharman, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam.

Presiden Tharman mengambil alih jawatan tersebut daripada Puan Halimah Yacob, yang berkhidmat dari 2017 Rabu lalu.

Dalam ucapannya pada upacara khas itu, PM Lee berkata warga Singapura telah memilih calon yang layak secara jelas, yang bukan mempunyai keupayaan dan pengalaman sahaja, malah “penilaian baik dan integriti yang tidak pernah dipersoalkan”.

Encik Lee berkata itu syarat-syarat penting yang perlu dipenuhi seorang Presiden.

Pengalaman Presiden Tharman dalam sektor perkhidmatan awam juga telah mempersiapkan beliau dengan baik untuk menggalas tanggungjawab baru itu, kata Encik Lee.

Ini termasuk peranan menyatupadukan Singapura, tidak kira bangsa, bahasa atau agama, sebagaimana diketengahkan Presiden Tharman semasa berkempen bagi jawatan itu dengan perutusan hormat antara satu sama lain.

Encik Lee turut menekankan bahawa selaku Presiden, Encik Tharman perlu memainkan tanggungjawab penting memegang kunci kedua rizab negara yang telah dibina selama berdekad.

“Dengan pengalaman anda dalam hal berkaitan ekonomi dan kewangan, serta keterbiasaan anda dengan sistem kunci kedua ini, saya amat yakin tugas penting ini dapat anda penuhi dengan baik,” ujar Encik Lee.

Beliau turut meluahkan keyakinan terhadap keupayaan Encik Tharman mewakili Singapura sebagai “anggota diplomat tertinggi” pada peringkat global dengan cemerlang.

Dalam ucapan pertamanya selepas mengangkat sumpah, Presiden Tharman berkata beliau beriltizam akan bekerjasama dengan pemerintah dan kumpulan kemasyarakatan untuk terus mengukuhkan Singapura sebagai sebuah masyarakat pelbagai bangsa yang inklusif.

Menegaskan ikrarnya untuk menyokong usaha dan inisiatif yang mengukuhkan rasa hormat bagi semua warga tidak kira latar belakang, Encik Tharman menekankan rasa hormat tersebut adalah “teras perpaduan Singapura”.

Mengenai tugas Presiden menjaga rizab negara, Encik Tharman berkata beliau akan membuat penilaian yang “teliti dan bebas” dalam mempertimbangkan penggunaannya.

“Jika timbul keperluan pada masa depan untuk menggunakan rizab bagi menangani krisis dan ancaman, kita akan mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.

“Kita perlu mengimbangi memenuhi keperluan segera dengan memelihara rizab agar setiap generasi, sekarang dan masa depan, dapat meraih manfaat,” katanya.

Presiden Tharman turut menetapkan iltizam akan memperjuangkan kepentingan Singapura di persada dunia, dengan berpegang kukuh pada prinsipnya dan tidak berpihak.

“Singapura perlu mencari jalan sendiri dalam menghadapi ketegangan global kini... sebagai Presiden, saya akan memainkan peranan mencerminkan nilai serta pandangan Singapura untuk mempertingkat kedudukannya dalam kalangan negara lain,” kata beliau.

Mengulangi penghargaannya kepada pengundi, Encik Tharman berkata: “Tidak kira apa jua cabaran yang bakal kita hadapi, atau apa jua perbezaan antara kita yang tidak dinafikan akan wujud, kita perlu ingat bahawa kita terikat dengan satu nasib.

“Mari kita berpegang dengan yakin pada pencapaian kita sejauh ini, dan berikrar akan bekerjasama bagi masa depan yang optimistik dengan rasa hormat untuk semua.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >