Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Presiden Tharman terima kunjungan Anwar di Istana

Oct 30, 2023 | 07:44 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam menerima kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana pada pagi Isnin, dalam rangka lawatan beliau ke Singapura bagi menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 dari 29 hingga 30 Oktober.

Dalam pertemuan itu, Presiden Tharman dan Datuk Anwar bertukar pandangan mengenai perkembangan global dan serantau.

“Kami menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dan melalui Asean untuk mengatasi cabaran bersama dan melabur dalam peluang masa depan.

“Kami berkongsi banyak persamaan – budaya, persaudaraan dan sejarah serta hubungan dan pertukaran tetap antara pemimpin, penjawat awam dan usahawan kita. Singapura adalah pelabur utama di Malaysia dan rakyat kita sering menyeberangi sempadan apabila kita rehat, untuk menikmati tarikan pelancong masing-masing,” kata Presiden Tharman.

Dalam pertemuan itu, Datuk Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Tharman atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini sebagai Presiden Singapura yang kesembilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >