Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anwar lawat S’pura, hadiri Rahat Pemimpin

Oct 29, 2023 | 07:45 PM



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia dalam lawatannya ke Singapura dari 29 hingga 30 Oktober atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Rahat Pemimpin tahunan itu merupakan wadah utama bagi kedua-dua perdana menteri membincangkan isu-isu dua hala dan meneroka bidang kerjasama baru, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad.

Ini merupakan Rahat Pemimpin pertama yang diadakan sejak tempoh pandemik Covid-19 dan merupakan peluang bagi kedua-dua negara membincangkan kerjasama dua hala yang kini bertambah rancak, tambah kenyataan itu.

Rahat Pemimpin sebelum ini diadakan di Putrajaya, Malaysia pada 2019.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, juga akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 30 Oktober secara berasingan.

Kedua-dua perdana menteri dan delegasi mereka dijangka bertemu selepas itu untuk membincangkan hal ehwal dua hala serta menyaksikan beberapa persetujuan ditandatangani dalam beberapa bidang kerjasama utama.

Datuk Anwar diiringi delegasi yang terdiri daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Perdana Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Peguam Negara, Datuk Terrirudin Mohd Salleh.

Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon dan Peguam Negara, Lucien Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >