Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru pelita menerangi jalan: Maliki

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



PELITA yang menerangi jalan.



Itulah gambaran Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), buat para guru.



Beliau berkata walaupun teknologi telah banyak mengubah cara seorang guru mengajar dari satu generasi ke satu generasi, yang terus kekal ialah betapa seorang guru akan sentiasa memupuk nilai-nilai baik.



Seorang guru juga sering menjadi contoh dan inspirasi bagi pelajar mereka, katanya dalam ucapan di majlis penyampaian Anugerah Guru Penyayang (CTA) 2022 semalam di Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS.



"Salah satu nilai yang kami ingin semai dalam diri pelajar ialah nilai 'penyayang', yang melebihi diri mereka sendiri dan mendorong mereka bertindak dengan kebaikan dan belas kasihan serta menyumbang kepada masyarakat dan dunia.



"Seorang guru penyayang menjadi contoh dengan menunjukkan keprihatinan terhadap pelajar dan rakan sekerja mereka.



"Guru akan mendisiplin pelajar mereka apabila perlu secara hormat, untuk mereka memahami perbezaan antara mendisiplin tingkah laku salah tetapi masih menghormati diri mereka.



"Sikap guru yang menjadi contoh ini membantu membangunkan nilai teras seorang penyayang yang mengambil berat dalam diri pelajar kita," ujar Dr Maliki.



Beliau berkata anugerah CTA satu penghormatan kepada guru yang menunjukkan keprihatinan terhadap pembangunan holistik pelajar mereka dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar membesar dengan yakin dan berdikari.



"Guru-guru kita menunjukkan sikap prihatin terhadap pelajar dan rakan sekerja mereka dan dengan senang hati melakukan demikian tanpa mengharapkan ganjaran.



"Saya gembira kerana guru-guru kita terus melakukan demikian, walaupun dengan permintaan meningkat dalam persekitaran sentiasa berubah dan mencabar," ujar beliau.



Tahun ini, 10 guru diberi penghargaan CTA ke-14, yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NIE NTU) dengan kerjasama ExxonMobil Asia Pacific Pte Ltd.



Empat daripada mereka diberi Anugerah Peringkat Kebangsaan dan enam mendapat Anugerah Kepujian Negara kerana berusaha sedaya upaya mencontohkan dan menunjukkan sifat, nilai dan tindakan yang menyentuh kehidupan pelajar dan rakan sekerja mereka.



Pemenang CTA tahun ini terdiri daripada lima pendidik dari sekolah rendah, tiga dari sekolah menengah dan dua dari maktab rendah atau institut berpusat.



CTA, yang kali pertama disampaikan pada 1996, bertujuan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada guru yang mencontohkan nilai penyayang, perkongsian dan keprihatinan terhadap kebajikan akademik, moral, sosial, emosi dan mental pelajar.



Lebih 11,000 pencalonan daripada 239 sekolah dikemuka tahun ini - hampir dua kali ganda jumlah pada 2020, iaitu sekitar 6,000 calon daripada 225 sekolah.



Setiap sekolah boleh mengemukakan hingga lima pencalonan tetapi hanya pencalonan cemerlang bagi anugerah peringkat nasional akan dipilih.



Selepas itu, calon anugerah peringkat nasional ditemu duga bagi diiktiraf dengan Anugerah Peringkat Kebangsaan. Calon cemerlang lain diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Kepujian Kebangsaan.




PRIHATIN TANPA HARAP GANJARAN 



"Guru-guru kita menunjukkan sikap prihatin terhadap pelajar dan rakan sekerja mereka dan dengan senang hati melakukan demikian tanpa mengharapkan ganjaran. Saya gembira kerana guru-guru kita terus melakukan demikian, walaupun dengan permintaan meningkat dalam persekitaran sentiasa berubah dan mencabar."
- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >