Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Pritam: Dakwaan bahawa WP kemuka saranan populis 'tuduhan paling tidak adil' terhadap parti

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



DAKWAAN pemerintah bahawa Parti Pekerja (WP) hanya mengemukakan saranan yang populis dan tidak realistik adalah "tuduhan paling tidak adil" terhadap parti pembangkang itu, kata Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.



Ini menjejas kewibawaan demokrasi parlimen sebagai sebuah wadah penting bagi penjelasan dan penghujahan idea, kata beliau semasa perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen pada Jumaat.



Encik Pritam berkata beliau tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan "menyerang dan menuduh WP memajukan idea yang mengambil kesempatan atau populis untuk menghakis, sedikit demi sedikit, kepercayaan terhadap pemerintah".



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Encik Wong, yang menyeru anggota pembangkang supaya menawarkan agenda alternatif serius dan bersikap jujur tentang imbalannya dan bukan hanya idea populis yang boleh menghakis kepercayaan terhadap pemerintah dalam perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen pada Isnin.



"Untuk memberi respons kepada DPM Wong, jika semua yang kami lakukan adalah untuk mengemukakan dasar populis yang tidak realistik, kami tidak akan lihat pemerintah secara aktif mempertimbang beberapa variasi idea manifesto WP mengenai perundangan antidiskriminasi, gaji minimum dan insurans pemberhentian kerja," kata Encik Pritam.



"Ia adalah tuduhan paling tidak adil yang dilemparkan kepada WP, yang pada hakikatnya, menjejas kewibawaan demokrasi parlimen kita sebagai wadah penting bagi penjelasan dan penghujahan idea.



"Bahkan, kami mengalu-alukan PAP menerima saranan WP, kerana benefisiari sebenar bukanlah WP mahupun PAP, tetapi rakyat Singapura," tambah beliau.



Dalam satu perdebatan dengan Encik Pritam, Encik Wong menegaskan pendirian pemerintah amat jelas, bahawa ia menolak semua bentuk pendekatan populis dan memastikan ia menegakkan kejujuran dan kewibawaan dalam penggubalan dasar.



Encik Wong mengutarakan keprihatinannya tentang bahaya pendekatan populis, yang merosakkan masyarakat di beberapa negara demokrasi lebih besar di dunia dan memecahbelahkan rakyat mereka.



"Sekiranya pemerintah gagal mencapai standard ini, kami menjangka pembangkang menegur kami. Anda perlu melakukannya. Kami menjangka anda melakukannya.



"Sebaliknya, jika pembangkang menyarankan idea dan dasar yang pada kami bersifat populis, kami juga akan mengutarakan keprihatinan kami, dengan sewajarnya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >