Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Pritam jelas kenyataan 'it was your call' bermaksud Raeesah perlu bertanggungjawab

Pritam berkata ia terletak pada tangan Cik Raeesah untuk jelaskan perkara sebenar atau terus berbohong jika ditanya tentang isu tersebut di Parlimen
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



KETUA Pembangkang Encik Pritam Singh (gambar kanan) menjelaskan apabila beliau berkata kepada mantan Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan "ia adalah keputusan anda" (it was your call), beliau bermaksud Cik Raeesah harus bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukan di Parlimen.



Encik Pritam menjelaskan perkara tersebut semasa diminta memberi keterangan sekali lagi di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) selepas Pengerusi WP Cik Sylvia Lim memberikan salinan nota yang ditulis beliau semasa wawancara panel disiplin WP bersama Cik Raeesah pada 29 November lalu kepada jawatankuasa itu.



Menerusi satu kenyataan semalam, Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen berkata, nota itu, antara lain, telah menunjukkan bahawa Encik Pritam telah berkata;



"Saya beritahu anda ia adalah keputusan anda. Adakah keperluan memberitahu perkara sebenar di Parlimen terlintas di kepada anda?".



Dalam jawapannya dalam nota ditulis itu, Cik Raeesah berkata: "Ia, tetapi disebabkan rasa bersalah + pengalaman sendiri. Tidak terfikir ia akan timbul".



Encik Pritam mengesahkan bahawa Cik Lim telah menulis apa yang telah dikatakan kepada Cik Raeesah dengan tepat, dan bersetuju bahawa frasa "keputusan anda" kelihatan sebagai beliau memberitahu Cik Raeesah bahawa ia terletak pada tangan Cik Raeesah untuk menjelaskan perkara sebenar atau terus berbohong jika ditanya tentang isu tersebut di Parlimen pada 4 Oktober.



"Namun, Encik Pritam berkata apa yang dimaksudkan dengan "keputusan anda" bukan maksud seperti biasa, tetapi bahawa Cik Raeesah perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya di Parlimen.



"Katanya, apa yang disampaikan kepada Cik Raeesah semasa wawancara panel disiplin pada 29 November perlu dilihat pada konteksnya," menurut laporan itu.



Encik Pritam berkata nota Cik Lim semasa panel disiplin pada 29 November itu turut menunjukkan bahawa beliau telah berkata kepada Cik Raeesah bahawa beliau tidak harus berbohong.



Menurut nota Cik Lim, semasa wawancara itu Encik Pritam berkata "Tidak boleh berbohong, bukan?" dan Cik Raeesah telah bersetuju dan berkata "ya".



Semasa memberi keterangannya sebelum ini, Cik Lim berkata apabila Encik Pritam berkata "keputusan anda" ia menunjukkan bahawa Cik Raeesah perlu membuat keputusan sama ada untuk menjelaskan perkara sebenar atau terus berbohong pada 4 Oktober.



"Encik Pritam berkata apabila seseorang memberitahu AP bahawa beliau perlu bertanggungjawab, AP itu perlu bertanggungjawab dan dalam konteks ini "keputusan anda" menyarankan bahawa ini merupakan pilihan yang perlu dibuat AP itu.



"Encik Pritam bersetuju bahawa munasabah untuk memahami perkataan "keputusan anda" sebagai pilihan yang perlu dibuat Cik Raeesah. Encik Pritam bersetuju bahawa berdasarkan nota Cik Lim semasa panel disiplin pada 29 November bahawa kelihatan seperti beliau telah memberikan Cik Raeesah pilihan," tambah laporan itu.



Encik Pritam bersetuju cara beliau telah menggambarkan pertemuannya dengan Cik Raeesah pada 3 Oktober dan keadaan fikirannya selepas mesyuarat itu, berbeza dengan perkataan "keputusan anda" yang ditulis dalam nota Cik Lim.



Semasa memberi keterangannya, Encik Pritam turut ditanya mengapa beliau tidak berkata "Anda perlu mengaku, dan jelaskan perkara sebenar di Parlimen" kepada Cik Raeesah pada 3 Oktober.



Beliau juga ditanya mengapa arahannya tidak disampaikan secara jelas dan terang-terangan kepada Cik Raeesah, terutama sekali memandangkan beliau merupakan AP baru dengan pengalaman hanya setahun di Parlimen.



"Encik Pritam berkata beliau percaya bahawa beliau telah menyampaikan mesej ini kepada Cik Raeesah secara tersendiri, apabila beliau menyarankan kepada Cik Raeesah pada 3 Oktober untuk bertanggungjawab," menurut laporan itu.




"Encik Pritam turut ditanya mengapa beliau tidak berkata “Anda perlu mengaku, dan jelaskan perkara sebenar di Parlimen” kepada Cik Raeesah pada 3 Oktober dan mengapa arahannya tidak disampaikan secara jelas dan terang-terangan kepada Cik Raeesah, terutama sekali memandangkan beliau merupakan AP baru dengan pengalaman hanya setahun di Parlimen. Encik Pritam berkata beliau percaya bahawa beliau telah menyampaikan mesej ini kepada Cik Raeesah secara tersendiri, apabila beliau menyarankan kepada Cik Raeesah pada 3 Oktober untuk bertanggungjawab."
- Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >