Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pritam nafi beritahu Raeesah agar berbohong

Namun, ketua WP kata beliau tidak ambil langkah perbetul kenyataan palsu sejak Ogos hingga Okt
Dec 13, 2021 | 05:30 AM



KETUA Parti Pekerja (WP) yang juga Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, memberitahu Jawatankuasa Hak Istimewa bahawa beliau tidak menyuruh bekas Anggota Parlimen (AP), Cik Raeesah Khan, supaya berbohong, tetapi tidak juga menyuruhnya memperbetul kenyataan palsu yang dibuatnya antara Ogos dengan Oktober lalu.



Menurut laporan khas yang dikeluarkan semalam, Encik Pritam telah menyuruh Cik Raeesah supaya bertanggungjawab ke atas isu tersebut apabila ia ditimbulkan.



"Encik Pritam juga berkata, jika isu tersebut tidak ditimbulkan, beliau... tidak mempunyai rancangan menjelaskan isu itu secara sukarela kerana ia adalah tanggungjawab Cik Raeesah," kata laporan itu.



Encik Pritam telah memberikan keterangan itu Jumaat lalu, dan laporan yang dikeluarkan semalam merupakan ringkasan bukti yang diberikannya.



Kelmarin, jawatankuasa itu telah mengeluarkan laporan di atas keterangan dibuat Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap.



Dalam keterangannya, Encik Pritam memberitahu jawatankuasa tersebut bahawa beliau memilih tidak mendedahkan pengakuan Cik Raeesah kepada pemimpin parti atau orang ramai kerana beliau merasakan ia tidak penting untuk berbuat demikian.



Beliau juga tidak menjangkakan banyak kemudaratan telah dilakukan ke atas pihak polis akibat pembohongan Cik Raeesah itu.



Laporan itu juga mendedahkan bahawa Cik Raeesah telah menghantar kiriman mesej kepada Encik Pritam pada 4 Oktober untuk menanyakan apa yang patut dilakukan sedang Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, mempersoal dakwaan Cik Raeesah di Parlimen.



Cik Raeesah kemudian mengulangi pembohongannya dalam jawapannya kepada Encik Shanmugam.



Semasa perbicaraan yang berlangsung selama sembilan jam itu, Encik Pritam berkata "kebenaran sebenar" ialah Cik Raeesah telah diberitahu supaya bertanggungjawab terhadap pembohongan yang pada akhirnya menyebabkannya meletak jawatan daripada parti dan juga Parlimen.



Laporan itu berkata Encik Pritam bersetuju bahawa isu yang sedang disiasat jawatankuasa itu - pembohongan Cik Raeesah di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual - adalah kes yang sangat serius.



Cik Raeesah, AP penggal pertama yang meletak jawatan daripada WP dan sebagai AP Sengkang GRC pada 30 November lalu mengaku mereka-reka butiran yang membabitkan pengendalian polis dalam kes serangan seksual semasa ucapannya di Parlimen mengenai pemerkasaan wanita pada 3 Ogos.



Namun, laporan itu berkata Encik Pritam tidak secara jelas memberitahu Cik Raeesah supaya menjelaskan kebenaran pada sidang Parlimen seterusnya iaitu pada 4 Oktober lalu, meskipun jika isu tersebut tidak ditimbulkan.



Sedang Encik Shanmugam membuat kenyataan kementerian pada 4 Oktober berkenaan dakwaan tersebut, Cik Raeesah menghantar Encik Pritam mesej yang berbunyi:



"Apa yang patut saya lakukan, Pritam?".



Encik Pritam berkata mesej tersebut adalah bertentangan dengan jangkaan beliau terhadap Cik Raeesah supaya memberitahu kebenaran jika perkara itu ditimbulkan, kata laporan itu.



Encik Pritam percaya bahawa dengan menyuruh Cik Raeesah supaya bertanggungjawab - dan bahawa beliau tidak akan menghakiminya jika Cik Raeesah Khan mengambil tanggungjawab tersebut - bermakna Cik Raeesah tahu untuk memberitahu perkara sebenar jika ia ditimbulkan.



"Ia bercanggah dengan pemahamannya kerana isu itu ditimbulkan pada 4 Oktober dan (Cik Raeesah) masih bertanya apa yang patut dilakukan," kata laporan tersebut.



Dalam keterangannya, Encik Pritam juga menafikan menyuruh Cik Raeesah merahsiakan kebohongannya.



Ini serupa kenyataan yang diberikan Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap, yang dikeluarkan kelmarin.



LAPORAN SELANJUTNYA: Pritam: Tidak banyak kesan pada polis kerana dakwaan Raeesah tidak dibuktikan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >