Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pritam: WP tidak setuju usul gantung Iswaran

Sep 19, 2023 | 08:52 PM



Memandangkan siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) ke atas kes Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, masih diteruskan, tindakan menggantungnya dari Parlimen tidak seharusnya diambil sekarang.

Justeru, Parti Pekerja (WP) tidak dapat bersetuju dengan usul yang difailkan Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk menggantung Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dari Parlimen, kata Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, pada Selasa.

Mengambil tindakan sekarang bukan sahaja tidak adil, bahkan ia “membatalkan mandat” yang diberikan kepada Encik Iswaran oleh rakyat, kata Encik Pritam.

Encik Pritam juga meminta PSP mempertimbangkan kesan usulan mereka untuk menggantung Encik Iswaran dari Parlimen itu, jika pemerintah masa depan memutuskan untuk menjalankan siasatan yang terdorong oleh motif politik terhadap Anggota Parlimen (AP) pembangkang.

“Pada pandangan Parti Pekerja, proses penghakiman mesti dibenarkan berjalan sepenuhnya sebelum Parlimen memutuskan apa yang perlu dilakukan. Parti Pekerja tidak boleh bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh PSP.

“Ia bukan sahaja tidak adil dan pramatang, malah lebih penting, dewan ini akan berusaha membatalkan mandat pilihan raya yang diberikan kepada Encik Iswaran oleh orang ramai di peti undi dengan menjatuhkan penghakiman ke atasnya.

“Walaupun mungkin tidak wajar untuk menggantung Encik Iswaran daripada Parlimen, mungkin wajar untuk menggantung pembayaran elaun AP-nya,” kata Encik Pritam.

Beliau menambah, isu itu turut “meresahkan” masyarakat awam dan tindakan Perdana Menteri menggantung beliau daripada menjalankan tugas sebagai menteri, turut menggantung beliau daripada melaksanakan tugasnya sebagai AP.

“Wujud keresahan dalam kalangan masyarakat awam kerana beliau terus mendapat elaunnya. Berdasarkan pengetahuan saya, Encik Iswaran tidak menjalankan tugasnya di kawasannya dan juga di Parlimen, beliau juga tidak dilihat pada sepanduk Majlis Bandaran atau Persatuan Rakyat di GRC West Coast,” kata Encik Pritam.

Menjelaskan perkara itu, Cik Indranee berkata sebagai Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menghalang Encik Iswaran daripada melakukan tugasnya sebagai menteri, dan atas dasar disiplin parti, beliau juga disuruh berhenti melakukan tugas AP-nya.

Dalam pada itu, Encik Pritam mengemukakan pertanyaan sama ada PAP akan mempertimbang sama ada ia akan mendapatkan kembali elaun AP Encik Iswaran seandainya beliau didapati bersalah.

Memberikan respons terhadap Encik Pritam, Cik Indranee berkata:

“Kami akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kembali wang jika wajar. Jika (Encik Iswaran) didakwa, Perdana Menteri akan mempertimbangkan dakwaan tuduhan terhadapnya dan memutuskan sama ada akan menyuruhnya meletak jawatan dan membayar balik gaji dan elaun tanpa menunggu proses undang-undang.”

Dalam pada itu, Encik Pritam turut bertanya sama ada larangan yang dikenakan ke atas Encik Iswaran daripada memasuki bangunan Pemerintah turut dikenakan ke atas Bangunan Parlimen.

“Larangan (daripada PM) termasuk arahan bahawa (Encik Iswaran) tidak boleh dibenarkan akses ke semua bangunan pemerintah. Jika Encik Iswaran hendak masuk ke Dewan hari ini, beliau boleh melakukannya, tetapi atas dasar disiplin parti, beliau disuruh oleh PM untuk tidak melakukan tugas AP-nya,” kata Cik Indranee.

Sebelum itu, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa, mengemukakan usulan untuk menggantung Encik Iswaran dari Parlimen sepanjang tempoh siasatan ke atasnya dijalankan supaya beliau tidak menerima elaun Anggota Parlimen (AP) sebanyak $192,500 setahun semasa tempoh beliau disiasat.

Beliau juga mengemukakan rang undang-undang untuk mewujudkan mekanisme yang membolehkan elaun Anggota Parlimen (AP) yang tertunggak semasa tempoh penggantungan mereka dikembalikan semula jika mereka didapati tidak bersalah berdasarkan siasatan yang telah dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >