Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Produk makanan edaran syarikat Melayu tarik minat wakil luar negara

Terima banyak pertanyaan di pameran makanan dan minuman Food & Hotel Asia 2022
Sep 07, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA produk dihasilkan dan diedarkan syarikat pengeluar makanan Melayu/Islam telah menarik minat beberapa syarikat luar negara dalam pameran makanan dan minuman terbesar Asia, Food & Hotel Asia (FHA) 2022 yang sedang berlangsung di Singapore Expo sehingga esok.



Mereka menerima banyak pertanyaan daripada wakil-wakil syarikat dari pelbagai negara seperti Australia, Kemboja, Vietnam dan Malaysia yang ingin membawa produk mereka untuk dijual di negara mereka.



Pengurus penjualan Wahyu Brand, Encik Mohd Rafiq Abdul Karim, berkata sambutan di FHA yang bermula kelmarin cukup menggalakkan setelah ia tidak diadakan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.



"Sambutannya cukup menggalakkan dan kami menerima banyak sekali pertanyaan dari syarikat-syarikat seperti Australia dan Kemboja yang berminat dengan produk kami seperti rempeyek, pes siap dimasak dan sambal belacan,'' kata Encik Rafiq.



Wahyu Brand turut memasak ayam masak merah untuk diberi kepada pelawat yang datang menggunakan pes segera keluaran syarikat itu.



"Wakil sebuah syarikat Kemboja mencuba ayam masak merah itu dan cukup berminat membawa produk itu untuk dijual di negara mereka. Nampaknya mereka amat terbuka dengan makanan kami,'' tambah beliau.



Dengan ramai penduduk Asia di Australia, syarikat Australia juga cukup tertarik membawa sambal dan pes keluaran Wahyu.



Pengurus Pembangunan Perniagaan Mamanda Food Solutions, Cik Zafirah Zulkarnine, turut menyatakan mereka menerima banyak pertanyaan dari negara Asia Tengah dan Asia Timur, seperti Vietnam, Kemboja, Filipina dan Indonesia.



Mamanda, yang merupakan syarikat pengedar bagi produk Able Mama dari Malaysia, menjual produk seperti biskut dan rumusan susu coklat untuk ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi di FHA.



Mamanda turut memasarkan pakej hidangan makanan untuk ibu yang baru bersalin.



Ketika ini, produk Able Mama hanya dijual dalam talian dan gerbang perubatan, Doctorsanywhere, serta sebahagian pakej hidangan ibu baru bersalin Mamanda.



"Mereka (pengunjung) berminat dengan produk kami yang mempunyai simbol 'pilihan sihat', berkhasiat dan bersaing dari segi harga...



"Oleh kerana kebanyakan generasi baru ibu adalah mereka yang bekerja, kami ingin menyediakan produk yang memudahkan mereka, berkhasiat dan sedap,'' kata Cik Zafirah.



Mereka menyertai FHA bagi meluaskan jaringan rakan niaga untuk menjual produk itu di gedung runcit, dalam talian serta farmasi bagi memudahkan ibu-ibu untuk membelinya.



Mamanda juga sedang menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.



FHA merupakan syarikat pameran dagangan makanan dan minuman terbesar di Asia yang mempunyai 2,000 pempamer dan dijangka menarik 35,000 pengunjung dari 50 negara.



Turut disediakan ialah zon halal khusus yang menyediakan penjualan produk halal dan acara dialog mengenai isu halal.




"Sambutannya cukup menggalakkan dan kami menerima banyak sekali pertanyaan dari syarikat-syarikat seperti Australia dan Kemboja yang berminat dengan produk kami seperti rempeyek, pes siap dimasak dan sambal belacan.

Wakil sebuah syarikat Kemboja mencuba ayam masak merah itu dan cukup berminat membawa produk itu untuk dijual di negara mereka. Nampaknya mereka amat terbuka dengan makanan kami."

- Pengurus penjualan Wahyu Brand, Encik Mohd Rafiq Abdul Karim.



"Mereka (pengunjung) berminat dengan produk kami yang mempunyai simbol 'pilihan sihat', berkhasiat dan bersaing dari segi harga...

Oleh kerana kebanyakan generasi baru ibu adalah mereka yang bekerja, kami ingin menyediakan produk yang memudahkan mereka, berkhasiat dan sedap."

- Pengurus Pembangunan Perniagaan Mamanda Food Solutions, Cik Zafirah Zulkarnine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >