Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bantuan bolehkan penduduk Kolam Ayer pilih barang runcit yang diperlukan

Dec 03, 2023 | 06:24 PM



Dahulu, bantuan barang runcit dan keperluan lain yang diterima Cik Saerah Sapet, 72 tahun ditentukan penderma dan beliau tidak boleh memilih barangan yang benar-benar diperlukannya.

Perkara itu boleh menyebabkan pembaziran berlaku.

Namun, kini beliau boleh memilih sendiri barangan yang benar-benar diperlukannya.

Cik Saerah antara penduduk Kolam Ayer yang kini menjadi benefisiari program Kolam Ayer Cares. Inisiatif itu, yang bermula pada April 2021, bertujuan meringankan beban kos perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah bagi pendudukan di kawasan itu.

Ia juga ingin mengelakkan pembaziran apabila bantuan yang diagih kepada penduduk tidak memenuhi keperluan mereka.

Pada 2 Disember, Cik Saerah dan penerima bantuan lain dilihat menggunakan kupon untuk mengambil 10 jenis barang runci dari dewan di Blok 67A , Geylang Bahru, yang telah disusun bak pasar raya.

Lebih 300 penduduk meraih manfaat daripada bantuan Kolam Ayer Cares.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) Cik Saerah, penduduk Kolam Ayer selama 18 tahun, berkata:

“Dua-dua cara ada baiknya, tapi cara baru ini lebih bagus sebab kami dapat ambil barang yang kami perlu.”

Cik Saerah, seorang pesara pergi ke sana bersama anaknya, dan antara lain, menggunakan kupon untuk mengambil serbuk pencuci baju, sabun pencuci pinggan, minyak masak, suun, madu dan teh.

Barang runcit dan keperluan lain itu disumbang oleh individu dan kumpulan masyarakat semasa aktiviti mengumpul derma. Mereka termasuk Joyre Group, The Salvation Army and Institut Kesihatan Sian Chay.

Bantuan itu dijalankan semasa satu lawatan masyarakat menteri ke Kolam Ayer pada 3 Disember. Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, telah menemani Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa kunjungannya ke sana.

Dr Wan Rizal berkata: “Kami percaya memberi beg cenderahati atau sesuatu yang generik tidak akan membantu penduduk, kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai masalah kesihatan dan tidak boleh makan sesetengah makanan berlebihan. 

“Oleh itu, kami ingin memperkasa penduduk untuk memilih apa yang mereka mahu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >