Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program baru persiap warga S’pura menua

Sihat Menua SG adalah tambahan kepada pergerakan SG Lebih Sihat, bantu warga menua di rumah sendiri
Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Singapura terus mempergiat persiapan menjadi ‘masyarakat sangat tua’ dengan meningkatkan program menjadikan rumah dan kawasan kejiranan lebih mudah diakses oleh warga emas.

Ini akan dimulakan dengan Ang Mo Kio dan Bukit Merah, yang dikenal pasti sebagai kawasan paling ramai warga emas.

Antara lain, rumah-rumah yang dihuni warga emas di kawasan itu akan dipasangkan dengan tempat duduk di kamar mandi dan pintu masuk tandas yang boleh diperluas bagi mempermudah pergerakan penghuni yang menggunakan kerusi roda.

Jalan raya di estet perumahan itu juga akan dijadikan lebih mesra pejalan kaki, seperti memperuntuk lampu isyarat hijau yang bernyala lebih lama dan membina tanjakan bagi pengguna kerusi roda di samping membina jalan raya lebih sempit supaya kenderaan bergerak lebih perlahan.

Langkah-langkah itu merupakan sebahagian program nasional baru bergelar ‘Sihat Menua SG’ yang akan melengkapi program ‘SG Lebih Sihat’, umum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad.

Menurut beliau, lebih banyak butiran akan diumumkan kementerian untuk menyokong warga emas di rumah dan estet perumahan tidak lama lagi.

Hampir satu dalam empat warga Singapura merupakan warga emas menjelang 2030, kata beliau.

“Hari ini, kita merupakan masyarakat yang tua, tidak lama lagi, kita akan menjadi masyarakat yang sangat tua – ini mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang amat besar.

“Terdapat banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk membantu warga emas kita menua dengan baik,” ujar Encik Lee.

Selain menggalakkan penuaan aktif dalam kalangan warga tua, beliau berkata rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta kawasan kediaman boleh dijadikan lebih mesra warga emas.

Ini antaranya akan dilakukan dengan peluasan program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (Ease).

Di bawah program tersebut hari ini, warga emas boleh memasang kelengkapan seperti tanjakan untuk membantu mereka keluar masuk dari rumah dan memasang palang pemegang di tandas serta menjadikan lantai tandas kalis air.

Di bawah program yang dipertingkat, Ease 2.0, warga emas boleh memasang kerusi lipat untuk mandi serta memperluas pintu tandas mereka bagi memudahkan mereka yang berkerusi roda keluar masuk tandas, kata Encik Lee.

Selain itu, beliau berkata kawasan kejiranan akan dibangunkan dengan keselamatan dan keselesaan warga emas diambil kira.

“Kami akan merombak jalan dan laluan berhubung yang sering digunakan warga emas, bina lebih banyak tempat perlindungan dan tempat rehat, serta lebih banyak taman terapeutik, laluan kecergasan dan mesin senaman untuk menggalakkan warga emas kekal aktif.

“Kami juga akan menjadikan jalan-jalan raya lebih mesra pejalan kaki seperti memastikan tempoh lampu hijau bagi pejalan kaki lebih panjang untuk memberi warga emas lebih banyak masa menyeberang jalan, membina tanjakan tanpa halangan dan lintasan zebra yang dinaikkan untuk membantu pengguna kerusi roda, mengadakan penanda jalan tiga-dimensi serta menyempitkan jalan agar kenderaan tidak memandu laju,” kata beliau.

Penanda blok lebih besar dan berwarna-warni juga akan dipasang untuk memudahkan warga emas mengenal pasti blok mereka.

Dalam pada itu, penduduk juga boleh menjangkakan lebih banyak penginapan bersepadu dan kemudahan penjagaan dan masyarakat.

Satu contoh jenis penginapan sedemikian ialah projek Kehidupan Bantuan Demensia Bersepadu (IDeAL) di Blok 115, Kebun Baru yang dibangunkan oleh Demensia Singapura dengan sebahagian sokongan pemerintah bagi warga emas yang mengalami demensia tahap sederhana.

Warga emas sedemikian hidup dalam flat sendiri di blok itu, tetapi mempunyai ruang dikongsi seperti dapur dan bilik telekesihatan di mana mereka boleh mendapat pemeriksaan kesihatan.

HDB juga sedang membina projek serupa, bernama Apartmen Jagaan Masyarakat, bukan sahaja untuk warga emas yang mengalami demensia, malah warga emas yang sihat, tambah Encik Lee.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan diperlukan untuk membantu warga emas dengan keperluan berbeza.

Lebih banyak boleh dilakukan untuk menjadikan negara ini tempat tinggal yang lebih selesa bagi warga emas sekarang dan akan datang, ujarnya beliau.

“Kami akan lakukan ini di seluruh Singapura, bermula dengan kawasan yang mempunyai lebih ramai warga tua seperti Ang Mo Kio dan Bukit Merah.

“Sama ada menerusi penuaan aktif atau dengan menjadikan rumah-rumah dan kawasan perumahan kita lebih mesra warga emas, kami mengambil langkah besar untuk membuat persiapan bagi masyarakat yang sangat tua,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >