Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bimbingan Mendaki, Mentoring@MTS, dipertingkat jadi #AmPowered@MTS demi nilai tambah

Feb 05, 2022 | 07:09 PM



SELARAS dengan usaha berterusannya memberi bimbingan yang lebih menyeluruh kepada para pelajar, Yayasan Mendaki akan mempertingkatkan program bimbingannya mulai tahun ini.



Program bimbingan ‘Mentoring@MTS’ kini akan dipertingkatkan menjadi #AmPowered@MTS - sebuah program nilai tambah yang akan diterapkan ke dalam kurikulum program Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Program bimbingan selama sembilan bulan itu bertujuan untuk memberi panduan kepada para pelajar untuk membuat keputusan yang lebih termaklum mengenai laluan pasca sekolah menengah mereka berdasarkan minat dan kekuatan tersendiri.



Dalam pada itu, ia juga menyediakan platform bagi para mentor untuk menggalak pelajar di bawah bimbingan mereka untuk menetapkan aspirasi dan bekerja keras bagi mencapai aspirasi tersebut.



Di samping itu, ia juga diharap dapat membantu menghubungkan mereka kepada peluang untuk memperoleh pengetahuan tentang landskap pekerjaan yang baru muncul dan perkongsian dari ‘role model’ yang boleh mereka jadikan inspirasi.



Selain itu, program #AmPowered@MTS bertujuan mewujudkan kesedaran tentang laluan pendidikan mereka melalui mentor yang telah ditugaskan untuk membimbing mereka. .



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad berkata menerusi program bimbingan yang dipertingkat ini, ia mampu memberi pelajar lebih semangat mengecap apa yang mereka inginkan. 



“Saya rasa apa yang penting ialah kami memberi bimbingan kepada pelajar ini dari segi pilihan pendidikan, jenis kerjaya yang mereka ingin ceburi, dan jenis mata pelajaran yang perlu mereka ambil.



“Jadi ini adalah antara cara untuk memberitahu para pelajar ini awal untuk menetapkan cita-cita dan kemudian memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya di sekolah.



“Tidak kira sama ada anda membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik mahupun ke maktab rendah, dan kemudian ke universiti, adalah penting bahawa pelajar Melayu/Islam kita dapat menetapkan sasaran untuk melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Encik Zaqy ketika ditemui media selepas lawatannya ke Sekolah Menengah Marsiling pada Sabtu (5 Februari).



Sewaktu lawatannya itu, Encik Zaqy telah melihat sendiri bagai program bimbingan MTS itu dijalankan selain berinteraksi dengan pelajar di bawah program tersebut. 



Program bimbingan yang dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah tiga dan empat dari aliran Normal (Akademik dan Teknikal) bakal berlangsung dari Mac hingga November tahun ini dan diadakan dua kali sebulan - sekali sewaktu sesi MTS diadakan dan sekali lagi menerusi dalam talian di luar waktu MTS. 



Setiap sesi akan berlangsung selama sejam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >