Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Program Heart Bakers sasar bantu 1,140 keluarga

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



DALAM usaha memupuk semangat kejiranan di daerah North-East, sekumpulan pembuat kuih dari rumah telah berganding bahu membuat biskut cornflakes untuk diagihkan kepada 1,140 keluarga yang memerlukan di kawasan tersebut.



Mereka yang terlibat dalam program Heart Bakers @ North East ini juga merupakan individu dari keluarga berpendapatan rendah.



Inisiatif ini merupakan anjuran bersama Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, pertubuhan akar umbi (GRO) North East dan syarikat NextBlock, serta disokong oleh Bizlink dan Grab.



Biskut-biskut yang dihasilkan dibeli para penduduk kawasan tersebut dan hasilnya didermakan kepada penduduk yang memerlukan.



Sebahagian biskut itu dimasukkan ke dalam beg habuan yang turut diisi barangan rumah, makanan ringan dan alat permainan tradisional di Singapura seperti capteh dan bola kertas. Beg habuan itu diagihkan Khamis lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo turun padang untuk membantu mengagihkan habuan kepada penduduk yang memerlukan.



Turut serta ialah Pengarah Urusan Grab Singapura Encik Yee Wee Tang bersama sekitar 30 pemandu Grab, 40 sukarelawan Grab dan sukarelawan GRO North East.



Mereka menghantar kira-kira 570 beg dengan bakinya akan diagihkan pada 13 dan 14 Ogos nanti.



Ditemui di sesi pengagihan, Encik Desmond berkata:



"Kami menyedari Singapura hari ini, adalah usaha bersama setiap warga Singapura, yang telah menyumbang tanpa mengira situasi kehidupan mereka, sama ada mereka kaya atau miskin. Semua orang ada sumbangan mereka.



"Justeru tahun ini, kami ambil pendekatan melibatkan semua lapisan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan kerana saya percaya semua orang ada sumbangan mereka yang tersendiri untuk Singapura. Dan saya juga akan lakukan tugas saya dengan baik dalam membantu anggota masyarakat kami yang memerlukan.



"Oleh itu, apabila kami mengadakan program ini, kami ingin membantu seberapa ramai yang boleh." tambah Encik Choo yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines.



Program Heart Bakers @ North East telah dilancarkan pada 2018 dengan tujuan membantu ibu dan suri rumah sepenuh masa daripada keluarga berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan mereka sendiri di rumah.



Program itu ditangguhkan selama dua tahun ketika wabak melanda.



"Ibu-ibu ini biasanya tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana masalah kesihatan atau ada keperluan menjaga anak atau orang tua mereka. Melalui saranan oleh ahli akar umbi mereka diperkenalkan pada program ini dan kemudian dilatih untuk memasak di dapur yang disediakan oleh Bizlink," tambah Encik Choo.



Bagi peserta program Heart Bakers, Cik Aysha Khader Noor Ui Aysha, 53 tahun, program itu membolehkan beliau mempelajari kemahiran baru dan dengan kemahiran membuat kuih dan kek.



"Saya juga dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Sangat besar hati melihat kami mampu menyebarkan kegembiraan kepada keluarga yang terjejas dan dalam pada masa yang sama berbuat baik di daerah North East.



Dan sama-sama kita meraikan hari lahir ke-57 negara tercinta."



Bagi mereka yang ingin ikut serta dalam kursus Heart Bakers atau kursus yang lain, boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi laman web www.northeastcdc.gov.sg



Laman itu juga menyenaraikan pelbagai dana bantuan untuk warga yang memerlukan. Ini termasuk Dana WeCare@North East dan Dana Pertumbuhan North East.



Terdapat juga subsidi pengangkutan sekolah dan khidmat pemadanan kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >