Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kaunseling Islam diperluas bagi bekas pesalah wanita

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH program kaunseling Islam yang sebelum ini dirintiskan bersama bekas pesalah lelaki kini telah meluaskan jangkauannya untuk melibatkan pesalah wanita juga.



Semalam, kumpulan pertama yang terdiri daripada tujuh wanita memulakan fasa terakhir program Insan Mukmin itu yang dijalankan di Masjid Darul Aman.



Program selama lima bulan tersebut yang diterajui Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga), bertujuan membantu bekas pesalah Islam meraih kemahiran menjadi seorang insan Mukmin.



Ia terdiri daripada dua fasa yang dikendalikan semasa bimbingan dalam penjara dan dilanjutkan ke fasa ketiga, iaitu bimbingan luar selepas peserta beralih ke program berasaskan masyarakat (CBP).



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang hadir semalam untuk menyaksikan kelas yang berlangsung serta berinteraksi dengan peserta program menekankan kepentingan melibatkan usaha seluruh masyarakat bagi membantu bekas pesalah mengatasi cabaran dalam perjalanan pemulihan mereka.



"Lama kelamaan, saya berbesar hati melihat bahawa kita dapat memperkukuh ekosistem pemulihan dan integrasi semula sedang lebih banyak rakan melibatkan diri, dan kita dapat menyediakan program lebih baik buat bekas pesalah, keluarga mereka, melebihi pemenjaraan mereka.



"Kita mahu bekas pesalah berintegrasi semula dalam masyarakat dan kita mahu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik," ujarnya.



Beliau menambah bahawa program bagi wanita ini telah dilakarkan secara sangat teliti bagi memastikan ia bersesuaian dengan cabaran, peluang dan keperluan wanita.



Mengulas lanjut, Pengarah Eksekutif Fitrah, Encik Mohamed Farik Omar, berkata perbezannya adalah dari segi perbincangan, dan cara pembelajaran disampaikan supaya ia disesuaikan kepada kaum wanita.



Asatizah dan pendamping yang membimbing golongan ini juga adalah wanita sendiri.



Encik Farik berkata Fitrah sedang berusaha bekerjasama dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) serta Pergas untuk memperkenalkan konsep penjagaan berterusan.



"Selepas ini, mereka akan ada majlis tamat program. Setelah itu, pendamping kita akan terus bersama mereka selama enam bulan... Tetapi selepas enam bulan itu apa? Bagaimana kita dapat bantu mereka? Kerana perjalanan untuk integrasi dan pemulihan tidak ada tarikh luput.



"Kita harus memberi jaminan kepada mereka bahawa kita akan sentiasa bersama mereka. Dari situ, kita cuba melakarkan program yang mungkin tidak berintensiti tinggi tetapi berintensiti rendah. Tapi pucuk pangkalnya, kita mahu mereka tahu bahawa masyarakat akan bersama mereka," katanya.



Sejak Insan Mukmin dirintiskan pada 2015, ia telah memberi manfaat kepada sekitar 50 orang, kongsi beliau.



Antara yang telah meraih manfaat ialah Yati (bukan nama sebenar), 40 tahun, yang telah keluar masuk penjara lima kali atas kesalahan berkaitan dadah dan pergaduhan.



Menurutnya, program yang menyelitkan unsur keagamaan itu mendorongnya agar tidak mengulangi kesilapannya dan menjadi seorang yang lebih tenang.



Ibu 10 anak itu berkata:



"Alhamdulillah setelah saya sertai kelas (Fitrah), saya menjadi lebih sabar, lebih senang memaafkan orang lain. Kelas Fitrah ini meninggalkan kesan besar dalam hidup saya.



"Saya belajar tentang disiplin dan berlaku konsisten dalam melakukan perkara yang baik.



"Saya orangnya panas baran. Setelah mengambil kelas-kelas ini, saya belajar menangani emosi saya dengan baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >