Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kepimpinan di San Francisco dorong usaha tingkat kesedaran isu mental

Dec 10, 2018 | 05:30 AM



BERTARUNG dengan masalah kesihatan mental tidak mudah bagi Cik Nur Atikah Amalina Mohd Zaini.



Tetapi pengalaman itu telah memberinya kekuatan hingga meninggalkan kerjaya sebagai guru bagi menumpukan sepenuhnya terhadap usaha membantu wanita yang berdepan masalah serupa.



Justeru, Cik Nur Atikah, 27 tahun, - pengasas kumpulan sokongan untuk wanita bermasalah kesihatan mental, Me Too Ladies - berharap dapat memanfaatkan pengalaman menyertai satu program kepimpinan Amerika Syarikat baru-baru ini bagi meluaskan lagi inisiatifnya.



Beliau yang dikenali ramai di Instagram sebagai 'The Tudung Traveller', adalah antara 90 orang dari 67 negara yang dipilih menyertai Program Huraian Masyarakat, yang ditaja Jabatan Negara Amerika Syarikat (Biro Pendidikan dan Ehwal Budaya).



Program pembangunan kepimpinan profesional selama setahun itu disasarkan kepada ketua masyarakat global berusia antara 25 tahun hingga 38 tahun, yang berpengalaman dalam usaha pembangunan masyarakat.



Secara keseluruhan, program itu menerima lebih 5,300 permohonan dari serata dunia.



Di bawah program itu, peserta perlu menjalani program profesional dengan sebuah pertubuhan tidak meraih keuntungan, institusi akademi atau agensi pemerintah di Amerika di samping menyertai program di Institut Kepimpinan Masyarakat.



Cik Nur Atikah, yang berada di San Francisco sejak Julai lalu, berkata peluang keemasan belajar daripada masyarakat luar negara memang bertepatan waktu.



Ini setelah beliau menjalankan banyak usaha timbulkan kesedaran tentang kesihatan mental sejak empat tahun lalu dan perwakilan wanita minoriti dalam teknologi sejak dua tahun.



Beliau yang ditugaskan dengan sebuah pertubuhan baru, Paid Leave US (PL+US) di San Francisco, berkata:



"Saya percaya sudah tiba masanya melakukan lebih banyak untuk masyarakat dan belajar daripada pihak lain yang menjalankan usaha serupa.



"Satu perkara penting yang saya pelajari semasa di PL+US ialah bagaimana memperjuangkan perubahan berani dalam masyarakat.



"Misalnya, strategi PL+US memanfaatkan usaha sokongan awam dan kempen kebertanggungjawapan dengan alat komunikasi canggih dan penglibatan akar umbi digital bagi memperjuangkan huraian bercita-cita tinggi untuk golongan pekerja di Amerika.



"Ini satu pengajaran yang menambah nilai yang tinggi dalam apa yang saya lakukan sekarang sedang saya belajar cara baru dalam menerapkan perubahan."



Pengalaman ditimba itu dijangka berguna sedang Cik Nur Atikah meluaskan program dan inisiatif yang mahu dianjurkan nanti.



"Sebagai sebahagian daripada program, saya sedang memberi tumpuan menganjurkan satu acara mengenai kesihatan mental di kalangan Melayu/Islam, dengan matlamat meningkatkan pemahaman tentang penyakit itu, membina kekuatan dan menghapuskan stigma.



"Saya juga merancang satu siri bengkel untuk wanita yang bergelut dengan isu kesihatan mental bagi menyokong mereka dalam usaha pemulihan dan perkembangan," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >