Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kesihatan M3 selari dengan inisiatif SG Lebih Sihat: Wan Rizal

May 11, 2023 | 05:30 AM



PROGRAM Saham Kesihatan M3 selari dengan SG Lebih Sihat yang bermatlamat menjadikan pencegahan penyakit sebagai komitmen peribadi, kata Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), di Parlimen pada Rabu.



Berucap sebagai menyokong usulan Menyokong Penjagaan Kesihatan yang dibentangkan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Tan Yia Swam, di Parlimen pada Selasa, Dr Wan Rizal menggesa masyarakat mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan saringan kesihatan yang kerap, mengamalkan gaya hidup aktif dan pemakanan yang baik.



"Selain individu, seluruh masyarakat juga boleh membuat perubahan.



"Di sinilah Program Saham Kesihatan M3, dapat menyediakan peluang untuk aktiviti fizikal, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan potensi risiko yang berkaitan dengan kegemukan.



"Dengan kerjasama agensi lain seperti HPB dan ActiveSG, dan sebagai individu, kita membuat pilihan yang sihat, kita boleh terus membuat kemajuan dalam meningkatkan kesihatan masyarakat dan mengurangkan kelaziman kegemukan serta isu kesihatan yang berkaitan," katanya, yang menggesa masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan anjuran M3.



Menyentuh tentang kesihatan mental, Dr Wan Rizal menganggapnya sebagai satu komponen penting bagi sistem penjagaan kesihatan.



Menurutnya sedang negara telah mencapai kemajuan dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, masih banyak yang perlu dilakukan terutamanya bagaimana isu tersebut dapat diatasi secara langsung.



Beliau menambah bahawa sebagai pendidik beliau sedar akan kepentingan tentang pendidikan.



"Kita perlu terus pertingkatkan rakyat celik kesihatan mental.



"Ia patut diperkenalkan awal semasa di peringkat sekolah.



"Lantas, saya gembira bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) telah mengemas kini kurikulum belia kita yang meliputi isu fizikal, mental dan kesejahteraan mental.



"Tapi saya harap kita boleh memberi impak terhadap kesihatan mental secara lebih langsung, menjangkaui pendidikan dan melibatkan pemeriksaan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan fizikal kita," ujarnya.



Ini, tambah Dr Wan Rizal, akan dapat menghasilkan kebiasaan dan menggalak pengesanan awal serta pemintasan isu kesihatan mental, menjurus kepada hasil yang lebih baik serta kehidupan berkualiti untuk individu.



"Ia akan dapat membantu mengurangkan beban masyarakat dalam isu kesihatan mental yang tidak dirawat serta menyumbang kepada keseluruhan kesejahteraan masyarakat," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >