Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kewartawanan baru SPH Media untuk belia

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR maktab rendah dan institut pengajian tinggi di sini boleh mengasah kemahiran kewartawanan mereka dan mengambil bahagian dalam pembangunan kandungan dan produk SPH Media.



Ini setelah SPH Media menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Anugerah Pencapaian Belia Nasional (NYAA) semalam.



MOU itu ditandatangani Cik Teo Lay Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media SPH dan Encik James Soh, Pengarah Eksekutif NYAA, di Auditorium Pusat Berita SPH Media.



Tetamu terhormat majlis tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Cik Teo berkata penting untuk memahami minat dan tabiat penggunaan media di kalangan belia.



"Melalui perkongsian dengan NYAA, kami berharap dapat mengenal pasti kandungan berita yang belia kita ingin baca, dan bagaimana kita boleh mendekati mereka dari tahap yang sederhana hingga lebih kerap.



"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan NYAA dan menggunakan rangkaian mereka untuk mencipta dan membentuk produk kami untuk membuatnya lebih relevan untuk pembaca muda kita," kata Cik Teo.



Program "Pemimpin Kewartawanan Belia" sepanjang tahun akan dianjurkan untuk pelajar di maktab rendah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti yang berminat dalam bidang kewartawanan.



Dijangka bermula pada 1 Januari 2023, program itu akan menyediakan pelbagai aktiviti dan sumber kepada para peserta.



Antaranya termasuk latihan dalam kemahiran kewartawanan seperti penulisan kreatif, bercerita, dan fotografi, yang juga merangkumi peluang penciptaan bersama.



Peserta juga berpeluang menyertai sesi kumpulan fokus yang diadakan setiap suku tahun mengenai tabiat penggunaan media oleh belia, evolusi penyampaian berita dan penggunaan digital aplikasi dan peralatan.



Semasa menjalani program ini, peserta juga berpeluang melibatkan diri dalam pembangunan produk SPH Media serta latihan amali dan bimbingan yang disediakan oleh SPH Media.



Dalam majlis semalam, anugerah Pertandingan Penulisan Kebangsaan telah meraikan enam pemenang yang mengongsi idea tentang bagaimana anak muda dapat menyumbang kepada gaya hidup lebih mampan.



Pemenang bagi pertandingan adalah Cik Lee Jian Yin, pelajar tahun kedua di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan karangannya yang bertajuk Go Green.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >