Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Masyarakat Gemilang RLAF tonjol kehidupan majmuk harmoni rakyat S’pura

Sep 05, 2023 | 07:40 PM



Pemimpin dari beberapa negara yang mempunyai kaum minoriti Muslim berpeluang melihat bagaimana keadaan hidup yang aman dalam masyarakat berbilang bangsa serta agama dipentingkan dalam penggubalan dasar di sini, serta konsep perpaduan dan sumbangan besar masyarakat Melayu/Islam kepada Singapura.

Demikian antara beberapa pengajaran diraih daripada Program Masyarakat Gemilang pertama diadakan 28 Ogos hingga 1 September lalu, anjuran Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Program tersebut, dianjurkan di bawah naungan Program Kerjasama Singapura (SCP) Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan disokong oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), bertujuan menggalak perkongsian idea serta amalan terbaik dan memupuk kerjasama antara pemimpin dari negara minoriti Islam.

Acara lima hari itu, turut melibatkan seramai 19 wakil dari sektor pemerintah, agama dan masyarakat negara-negara termasuk Kemboja, New Zealand dan Thailand.

Menteri Negara (Pendidikan Merangkap Belia dan Sukan) Kemboja, Encik Nos Sles, berkata: “Ia penting bagi kami pelajari apa yang telah dilakukan dari perspektif Singapura dan melihat apa yang kami boleh dan tidak boleh terapkan di tanah air sendiri.

“Satu pengajaran unik yang kami pelajari ialah konsep ‘satu rakyat, satu negara, satu Singapura’. Konsep perpaduan sebegini adalah penting dan bermanfaat dalam membina sebuah negara yang teguh.”

Menurut data daripada pihak berkuasa dan jangkaan dari pertubuhan bukan pemerintah, antara dua hingga lima populasi Kemboja ialah orang Muslim.

Seorang lagi peserta dari Jawatankuasa Wanita Islam, New Zealand, Cik Nabeelah Ahmed, berkata beliau berbesar hati dapat menyertai program tersebut.

“Ia sangat menarik dapat pelajari tentang bagaimana proses penggubalan dasar di sini mementingkan harmoni antara agama dan bangsa,” kata pekerja belia itu.

Dr Awnar Koma, pensyarah dan ketua Pusat Pembelajaran Ehwal Turkey di Universiti Prince Songkla, Thailand, berkata: “Secara keseluruhan, ia satu pengalaman yang mengagumkan. Kami bukan sahaja dapat melihat bagaimana masyarakat Muslim di sini dapat menyumbang kepada Singapura, tetapi kami juga berpeluang berinteraksi dengan mereka dan mempelajari daripada peserta dari pelbagai negara.”

Peserta dari berbilang negara itu diundang mengadakan lawatan untuk bertemu dengan beberapa perbadanan masyarakat berkepentingan di sini.







Antaranya ialah Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Parlimen Singapura, Muis, Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Yayasan Mendaki, Pusat Harmoni, Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian (HDG) oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pertubuhan Antara Agama (IRO).

RLAF dalam kenyataannya berkata, menerusi perkongsian, interaksi dan peluang pembelajaran mendalam, serta sesi mengimbas semula, peserta dapat meneroka dan berbincang mengenai bagaimana masyarakat Muslim boleh mengatasi cabaran dan merebut peluang untuk membina masyarakat gemilang serta membolehkan masyarakat berbilang kaum maju dalam konteks semasa.


Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, berkata program itu menawarkan pengalaman pembelajaran yang melangkaui masyarakat minoriti Muslim. Ini kerana peserta program tersebut bukan sahaja terhad kepada orang Muslim sahaja.

“Sebab objektif utamanya ialah untuk pelajari bagaimana kami dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk membina perpaduan sosial, dan membangunkan negara dengan bekerjasama dengan masyarakat lain,” ujarnya.

“Satu pengajaran unik yang kami pelajari ialah konsep ‘satu rakyat, satu negara, satu Singapura’. Konsep perpaduan sebegini adalah penting dan bermanfaat dalam membina sebuah negara yang teguh.” - Menteri Negara (Pendidikan Merangkap Belia dan Sukan) Kemboja, Encik Nos Sles.


“Ia sangat menarik dapat pelajari tentang bagaimana proses penggubalan dasar di sini mementingkan harmoni antara agama dan bangsa.” - pekerja belia Jawatankuasa Wanita Islam, New Zealand, Cik Nabeelah Ahmed


“Kami bukan sahaja dapat melihat bagaimana masyarakat Muslim di sini telah menyumbang kepada Singapura, tetapi kami juga dapat berinteraksi dengan mereka dan pelajari daripada peserta dari pelbagai negara.” - Pensyarah dan Ketua Pusat Pembelajaran Ehwal Turkey, Universiti Prince Songkla, Thailand, Dr Awnar Koma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >