Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Program pelatih SGUnited tamat bulan ini

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM Pelatih SGUnited, yang menyokong tempoh latihan sehingga enam bulan untuk lulusan baru, akan berakhir selepas pengambilan lulusan terakhirnya pada bulan ini.



Pelatih sedia ada akan disokong sehingga tamat tempoh latihan mereka.



Program itu diperkenalkan ketika pasaran buruh lemah, dan kini ekonomi semakin pulih, kurang lulusan menyertai skim itu, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, di Parlimen semalam semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Dr Koh mengongsi langkah meningkatkan pekerjaan dan melindungi kesejahteraan pekerja migran, termasuk meningkatkan perlindungan insurans perubatan mandatori untuk pekerja migran.



Bagi pekerja matang, seperti yang diumumkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022, Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited akan dijadikan tetap dan elaun latihan akan kekal pada $3,800.



"Bagaimanapun, dengan pemulihan pasaran buruh, kami akan mengurangkan pembiayaan pemerintah daripada 90 peratus kepada 70 peratus, dengan pertubuhan hos membiayai bersama 30 peratus daripada elaun untuk pencari kerja," kata Dr Koh.



"Untuk menggalakkan pertubuhan hos mengambil pelatih lebih awal jika mereka sesuai, kami akan membenarkan pertubuhan hos menerima kuantum sokongan penuh jika pelatih diambil sekurang-kurangnya tiga bulan selepas penempatan," tambahnya.



Untuk terus menyokong pekerja mencari kerja, 24 Pusat Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang diperkenalkan di tengah-tengah wabak Covid-19 juga akan kekal.



Tiga agensi pekerjaan telah dilantik untuk menyokong usaha itu - Adecco, Charterhouse dan Good Job Creations.



Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, Insentif Pertumbuhan Pekerjaan akan dilanjutkan hingga September tahun ini, untuk firma yang mengambil pekerja matang yang menganggur sekurang-kurangnya enam bulan, orang kurang upaya dan bekas pesalah.



Tetapi tahap sokongan akan dikurangkan mulai bulan depan - kepada 40 peratus untuk $6,000 pertama gaji kasar bulanan bagi enam bulan pertama, dan 20 peratus untuk enam bulan berikutnya.



Ini bermakna sokongan gaji hingga $21,600 untuk setiap pengambilan pekerja.



Buat masa ini, firma yang mengambil pekerja matang menerima subsidi 50 peratus untuk $6,000 pertama gaji kasar bulanan hingga 12 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >