Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN SANA BERKAITAN PEMULIHAN PENAGIH

Program pemulihan dadah S'pura disesuaikan untuk penuhi pelbagai keperluan: Faishal

Sep 30, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM pemulihan dan integrasi semula Singapura bagi kedua-dua penagih dadah dan bekas penagih dadah sudah disesuaikan untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Memahami bahawa ketagihan dadah tidak berakhir dengan pemulihan sahaja, Dr Faishal berkata masyarakat harus mempelajari dengan lebih mendalam tentang punca pengambilan dadah supaya mereka tidak akan terikat dalam persekitaran sedemikian.



Berucap di Persidangan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) mengenai Pemulihan dan Penolakan daripada Penyalahgunaan Dadah semalam, Dr Faishal menekankan pentingnya pemulihan dan integrasi sebagai tiang asas kempen mengekang dadah di sini.



Ini termasuk peranan keluarga, majikan dan juga kerjasama rakan kongsi masyarakat.



Persidangan Sana itu bertujuan untuk menawarkan platform bagi bekas pesalah dadah mengongsi pengalaman pemulihan mereka serta menawarkan peluang bagi karyawan seperti pekerja sosial, kaunselor dan penyelidik mengongsi pandangan dan amalan terbaik dalam program pemulihan.



Turut menyertai persidangan tersebut ialah Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, Pesuruhjaya Penjara, Cik Shie Yong Lee, Presiden Sana, Cik Gillian Koh-Tan dan Presiden SUSS, Profesor Cheong Hee Kiat.



"Pemulihan dan integrasi semula merupakan aspek yang paling sukar bagi mereka yang mengambil dadah.



"Mereka serta keluarga mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat untuk mencari tempat dalam masyarakat sekali lagi," kata Dr Faishal.



Sehingga kini, Singapura mempunyai pendekatan yang berbeza untuk golongan pesalah dadah yang berlainan - dibahagikan kepada belia berusia 21 tahun ke bawah, pesalah dadah dewasa berisiko rendah dan sederhana, serta pesalah dadah wanita.



Mengulas tentang pendekatan yang berbeza ini, Dr Faishal berkata tiada satu penyelesaian atau program yang dapat diterapkan bagi semua.



"Agensi kami akan terus menyemak semula program-program ini untuk memastikan kami menawarkan perkara yang terbaik untuk pesalah dadah.



"Di mana perlu, kami akan menyesuaikan program, seperti yang telah kami lakukan untuk golongan belia dan pesalah dadah wanita," tambahnya.



Namun begitu, ia tidak dapat dilakukan tanpa adanya pekerjaan stabil, serta sokongan keluarga dan rakan kongsi masyarakat.



Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) turut menawarkan program yang berasaskan sokongan keluarga seperti Program Integrasi Semula Keluarga.



Memahami bahawa pesalah dadah mungkin boleh menjejas hubungan dalam keluarga, program ini membolehkan pesalah dan keluarga mereka memperbaiki hubungan mereka.



Selain itu, pekerjaan yang stabil juga faktor yang penting untuk mengelak penyalahgunaan dadah semula.



Salah satu usaha oleh agensi pemerintah ialah Reben Kuning Singapura (YRSG), yang menawarkan banduan dengan latihan kemahiran bertauliah supaya mereka dilengkapi kemahiran yang relevan untuk tenaga kerja selepas dibebaskan.



Mereka kemudian dipadankan oleh YRSG dengan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran individu, pengalaman kerja dan minat kerjaya.



Semasa berucap, Dr Faishal juga berkata rakan kongsi masyarakat memainkan peranan yang besar dalam perjalanan mencegah pengambilan dadah.



Sebagai contoh Sana, di mana mereka menawarkan pelbagai program untuk menyokong bekas pesalah dadah.



Ini termasuk menawarkan sokongan kaunseling dan juga mempunyai pusat 'Step-Up', di mana ia memberi peluang kepada bekas pesalah dadah berintegrasi semula dalam masyarakat.



"Tanpa bantuan rakan kongsi masyarakat kami, banyak program kami akan mempunyai jangkauan yang lebih terhad, dan kami tidak akan dapat membantu ramai bekas pesalah dadah seperti yang kita lakukan sekarang," katanya.




"Pemulihan dan integrasi semula merupakan aspek yang paling sukar bagi mereka yang mengambil dadah.

Mereka serta keluarga mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat untuk mencari tempat dalam masyarakat sekali lagi.

Di mana perlu, kami akan menyesuaikan program, seperti yang telah kami lakukan untuk golongan belia dan pesalah dadah wanita."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




PROGRAM PEMULIHAN DAN INTEGRASI DI S'PURA



BELIA BAWAH USIA 21 TAHUN



Risiko rendah



  • Skim Peningkatan Pengawasan Belia atau YES merupakan program pemulihan berstruktur bertujuan untuk membantu pesalah dadah muda menjalani integrasi semula dalam masyarakat.

Risiko sederhana



  • Mereka akan diletakkan di Pusat Pemulihan Masyarakat (CRC) untuk menjalani program campur tangan dadah dalam persekitaran berpenghuni di CRC.

  • Ini untuk membolehkan belia ini teruskan pelajaran dan pekerjaan tanpa gangguan keterlaluan terhadap kehidupan seharian mereka.

DEWASA



Pertama kali atau berisiko rendah



  • Mereka akan diletakkan dalam skim penyeliaan dengan pengurus kes individu menyokong mereka.

  • Sebagai tambahan kepada ujian air kencing biasa, penyelia harus menjalani komponen kerja kes untuk menangani tabiat pengambilan dadah supaya dapat mengurangkan risiko berulang.

  • Skim perintis Biro Narkotik Pusat (CNB), Kemahiran Penyeliaan Masyarakat (CoSS), juga membolehkan CNB terus membantu penyelia merujuk mereka kepada perkhidmatan sosial jika perlu.

Berulang kali atau berisiko tinggi



  • Golongan ini akan menjalani program pemulihan yang lebih intensif dengan keadaan institusi yang berdisiplin di penjara atau di Pusat Pemulihan Dadah (DRC).

  • Matlamat program pemulihan ini bukan sahaja untuk menangani masalah pengambilan dadah, tetapi lebih penting untuk memberi motivasi kepada pesalah dadah agar bertanggungjawab di atas perubahan sendiri.

WANITA



  • Perkhidmatan Penjara Singapura telah menerapkan program khas untuk memenuhi keperluan golongan wanita.

  • Di bawah program-program ini, pesalah dadah wanita dapat mempelajari bagaimana untuk menangani hubungan yang mungkin boleh menyebabkan mereka mengambil dadah semula, serta pelajari cara untuk memainkan peranan sebagai ibu, anak dan isteri.

  • Program ini juga membantu mereka membina keupayaan dan meningkatkan keyakinan untuk mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah.

  • Program ini berasaskan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >